loading...
  • Breaking News

    Monday, November 16, 2020

    Kim Jong Un hukum rakyatnya jika didapati membazir makanan

    Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilaporkan bakal melaksanakan hukuman baharu terhadap rakyat di negaranya jika didapati masih membazirkan makanan, lapor Daily Mail. 


    Keputusan itu dibuat oleh Parti Buruh Korea susulan Pyongyang kini mengalami masalah bekalan makanan kerana dilanda pelbagai bencana alam pada tahun ini. 


    Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, kerajaan menegaskan hukuman berat akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang dianggap gagal melindungi ekonomi negara. 


    "Antara kegagalannya adalah membazir dan membuang makanan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Parti Buruh itu. 


    Arahan itu dikeluarkan selepas Korea Utara dilanda tiga bencana alam pada Ogos hingga September lalu yang menyebabkan kerosakkan pada sawah padi. Ekonomi Korea Utara terjejas akibat sekatan antarabangsa dan pandemik koronavirus (Covid-19). 


    Meskipun begitu, negara jiran, China, telah menyumbangkan padi dan 550,000 tan baja untuk sektor penanaman padi Pyongyang. 


    Sumber dalaman Korea Utara berkata, pihak kerajaan juga menggesa rakyat turut serta mencari jalan penyelesaian selain menggalakkan mereka membuat penyimpanan bekalan makanan.


    "Perintah itu juga memberi peringatan kepada rakyat bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika rakyat didapati membuang makanan mereka," kata sumber berkenaan. 


    Sejak Januari, Korea Utara menghentikan semua aktiviti perdagangannya kerana virus Covid-19, termasuk dengan China. Selain dari itu, Korea Utara juga meminta untuk tidak mengadakan sambutan perayaan dengan menghidangkan makanan yang banyak. 


    Sebaliknya, rakyat digalakkan menyediakan buah-buahan dan sayur. Sementara itu para tetamu hanya boleh makan mi. Kuih beras atau roti adalah dilarang sama sekali dihidangkan kepada tetamu.



    from The Reporter https://ift.tt/32NFZnC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment