loading...
  • Breaking News

    Monday, November 16, 2020

    Suami salahgunakan IC isteri untuk daftar masuk hospital untuk pasangan curangnya melahirkan anak, buat pinjaman wang


    Demi membantu pasangan curangnya bersalin, lelaki berusia 36 tahun ini sanggup menyalahgunakan kad pengenalan isterinya yang sah untuk mendaftar masuk ke hospital, selain menggunakan kad pengenalan itu untuk membuat pinjaman wang (jadi penjamin). 


    Setelah perbuatan lelaki itu diketahui, isterinya, 37, terus membuat laporan di Balai Polis Tanjungbalai pada Rabu, 11 November 2020 di Sumatera Utara, Indonesia. 


    Bercakap kepada media, si isteri mengakui dia mula berasa curiga selepas memeriksa kandungan beg suaminya yang mempunyai gelang bayi yang tertulis nama suaminya serta sehelai tuala. 


    Apatah lagi kelakuan lelaki itu mula berubah sejak Februari 2020 di mana dia kerap keluar rumah untuk jangka masa yang lama. Sedangkan dia sudah mempunyai anak lelaki berusia lapan tahun. 


    Si isteri juga mengakui dia pernah dipukul oleh lelaki itu hanya kerana dia meminta keluarganya mencari suaminya yang sudah lama tidak pulang ke rumah dan mereka menemui lelaki itu di sebuah kafe. 


    Sebaik saja pulang ke rumah, lelaki itu terus mengamuk dan memukul isterinya dan berlaku juga adegan lelaki itu mengejar isterinya dengan sebilah parang. Mujur kejadian itu sempat dileraikan oleh keluarga mereka. 


    Sejak dari kejadian itu, si suami terus keluar dari rumah dengan membawa dokumen-dokumen penting keluarga termasuk kad pengenalan isterinya. 


    "Saya kata, kalau dia sudah tidak suka pada saya lagi, katakan saja," kata si isteri. 


    Jurucakap polis, Rapi P. berkata, pihaknya menerima laporan itu dan sedang menjalankan siasatan. - Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/36z8czC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment