Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, berlaku kemalangan yang membabitkan kereta Proton Satria Neo dengan Toyota Vios lalu menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pihak.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian.
"Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar kereta Toyota Vios terbabit.
"Kejadian turut menyebabkan kereta MPV polis yang berada di belakang kereta Toyota Vios turut dilanggar akibat rempuhan kuat itu," katanya.
[Video Awam] Enam lelaki bergaduh akibat kemalangan ditahan https://t.co/d7yJUbb6mf http://pic.twitter.com/Mv7QdnaAML— BERNAMA (@bernamadotcom) October 29, 2017
Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.
from The Reporter http://ift.tt/2z37L1p
via IFTTT
No comments:
Post a Comment