Tom Keating, 80, menjadi penghuni Moss View di Huyton sejak 2016 kerana dia memerlukan penjagaan dan sokongan tambahan. Namun selepas setahun kemudian, ibunya, Ada Keating, mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat itu untuk membantu menjadi anak sulungnya itu.
Ibu dan anak berasal dari Wavertree difahamkan sangat rapat dan gemar menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan dan menonton program televisyen kegemaran mereka.
"Setiap malam saya ucap selamat malam kepada Tom di biliknya dan di sebelah pagi saya akan pergi ke biliknya untuk ucap selamat pagi," kata Ada.
Sementara itu, Tom meluahkan rasa gembira dengan kehadiran ibunya di rumah itu. Malah mereka juga diberikan layanan yang baik.
"Adakalanya mak menegur saya, 'jaga adab awak'," katanya.
Sebelum bersara, Tom bekerja sebagai tukang cat dan penghias di sebuah syarikat tempatan. Manakala Ada adalah bekas jururawat.
Menurut pengurus rumah berkenaan, Philip Daniels berkata, "Sungguh terharu melihat keakraban di antara Tom dan Ada dan kami sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini serta mampu menampung keperluan mereka.
"Amat jarang sekali melihat seorang ibu dan anak mereka bersama-sama di sebuah pusat penjagaan dan sudah tentu kami mahu mereka meluangkan masa istimewa ini bersama-sama. Mereka memang tidak boleh dipisahkan," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2zit3ce
via IFTTT
No comments:
Post a Comment