loading...
  • Breaking News

    Monday, November 27, 2017

    Kisah Cinta Antara Dua Makhluk Dibesarkan Bersama Sejak Daripada Lahir. (10 GAMBAR)


    Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan ini menggelarnya “penjinak kucing” dan sebabnya yang paling utama ialah sejak bayi lagi anaknya telah dipertemukan dengan kucing itu dan sehingga kini mereka tidak dapat dipisahkan.

    Melihatkan kemesraan dan ikatan antara mereka yang begitu rapat, ibu bapa kanak-kanak ini memutuskan untuk merakam momen indah mereka berdua. Mari lihat beberapa aksi yang telah dirakam oleh ibu bapa ini.


    Dari saat kanak-kanak perempuan ini bertemu dengan kucing baru keluarganya, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan


    Mereka telah tidur bersebelahan sejak dia masih bayi lagi


    Ibu bapa mula merakam momen indah kedua-dua pasangan yang comel ini sewaktu mereka tidur. Lihatlah, comelnya!


    Kucing itu sentiasa berada dekat dengannya sambil melingkar sebagai tanda hendak bermanja


    Sepanjang tahun, kedua-dua kanak-kanak perempuan dan kucingnya membesar dengan sihat dan begitu juga dengan ikatan antara mereka semakin kukuh


    Ibu bapa akan terus merakam persahabatan ini untuk beberapa tahun akan datang


    “Dia adalah salah satu daripada orang istimewa yang menjadikan makhluk selesa tanpa mengira apa keadaan sekalipun.”kata ayahnya.


    “Gadis ini MENCINTAI kucing dan kucing-kucing itu juga suka padanya.”


    Menurut ayah kanak-kanak ini, kucing tersebut tidak membiarkan dia mendekatinya, tetapi apabila anak perempuannya membelainya, kucing itu tidak marah malah membiarkan sahaja.


    “Saya agak cemburu tetapi dia adalah dia – penjinak kucing.” kata ayahnya lagi.


    Sumber: Era Baru


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BqW1UX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment