Pelajar perempuan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Isnin lalu digemparkan dengan kelibat seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh berdekatan dengan asrama universiti tersebut.
Menurut pelajar KUPTM yang hanya dikenali sebagai Jae melalui Twitternya memberikan peringatan kepada para pelajar perempuan yang lain agar berhati-hati.
"Pelajar-pelajar siswi KUPTM yang stay asrama, please be careful okay. And to all yang duduk mana-mana pun, please be aware.
"Duduk rumah pun jangan seksi-seksi okay. Orang sekarang tak kira tempat dan keadaan dah, asalkan dapat 'apa' yang dia nak," tulisnya.
Berdasarkan gambar, lelaki terbabit tidak memakai seluar dan dipercayai 'memanjakan diri' dengan memandang penghuni asrama berkenaan.
Menurut Jae, itu bukan pertama kali lelaki terbabit melakukan perbuatannya itu.
Difahamkan, Jae telah membuat aduan mengenai kejadian itu kepada pihak KUPTM untuk tindakan lanjut.
from The Reporter http://ift.tt/2j2diwa
via IFTTT
No comments:
Post a Comment