Mungkin ada segelintir wanita di luar sana yang kerap menangis disebabkan hal-hal yang boleh membuat hati terguris. Mana ada wanita yang suka-suka hendak menangis tanpa sebab. Kadang-kala bila kita gembira pun boleh membuat kita mengeluarkan air mata disebabkan terlalu seronok. Tahukah anda, menangis juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan. Bahkan menangis ini ibarat terapi mudah untuk meredakan diri sendiri.
Tahukah anda, menangis juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan. Bahkan menangis ini ibarat terapi mudah untuk meredakan diri sendiri.
Tidak semestinya kita harus sedih baru boleh menangis. Menangis juga boleh membuat kita menjadi lebih tenang bila mengeluarkan semua masalah yang terpendam lama di hati dengan menangis jika tiada sesiapa tempat untuk berkongsi. Pada masa yang sama menangis juga boleh dijadikan sebagai cara mudah untuk mencuci mata kita.
Ingin tahu apa juga kebaikan disebalik menangis? Mari kita semak penjelasan di bawah.
1. Mampu mengurangkan tekanan
Mungkin ada diantara individu di luar sana yang terlalu fokus dengan pelajaran sehingga menyebabkan mereka sedikit rasa tertekan dan terganggu untuk mendapatkan skor yang lebih cemerlang dan sanggup mengabaikan tentang kesihatan diri mereka. Bila anda rasakan benda itu terlalu berat untuk ditanggung sehingga membuat anda rasa tidak kuar=t untuk menahannya, sudah pasti airmata akan keluar tanpa anda sedar dan kesusahan itu seakan hilang untuk seketika.
2. Merawat masalah mata kering
Dalam tubuh badan manusia telah mengandungi sebanyak 70% Air and Course pada setiap bahagian badan dengan peratusan air tersendiri. Bahagian mata kita juga turut mengandungi air. Airmata juga berfungsi sebagai pembersih mata dengan berkesandan selamat.
3. Membunuh bakteria di mata
Tahukah nada, airmata juga mengandungi Lysozyme yang berkesan untuk emmbunuh segala bakteria sebanyak 59%. Cara pembunuhannya pula dengan menghancurkan segala sel bakteria. Bakteria juga boleh dikeluarkan dengan airmata semasa anda menangis.
4. Merawat mata dengan percuma
Melakukan rawatan mata yang percuma dengan menangis. Airmata boleh memberikan kelembapan pada mata serta mampu mencegah mata kering dan selaput mata. Pada masa yang sama, ia mampu mengeluarkan segala kekotoran yang terperangkap yang berada di celahan bola mata.
Sudah jelas dengan segala penjelasan yang baik disebalik menangis. Tapi janganlah anda terus menangis tanpa henti, nanti lain pula yang jadi sehingga memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala boleh lah jangan pula hari-hari ye?
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ScV1Np
via IFTTT
No comments:
Post a Comment