Simptom susah tidur ini sering berlaku kepada individu dan ia dikenali sebagai penyakit insomnia. Otak manusia memerlukan rehat dan cukup yang tidur. Jika tidak, ia akan memudaratkan diri dan lebih teruk boleh membawa maut. Tapi jangan risau, banyak cara untuk mengatasi masalah itu.
Salah satunya adalah dengan minum air rebusan pisang ataupun digelar sebagai teh pisang. Nak tahu bagaimana cara-caranya? Meh baca kat bawah:
1. Pastikan korang didihkan air selama 10 minit dan letak uncang teh dalam air didihan itu
2. Kemudian, hiris pisang dan letak dalam air, tunggu hingga mendidih.
3. Letak dalam cawan dan tan tabur serbuk kayu manis
Ya, minum air rebusan pisang bersama campuran yang dinyatakan 1 jam sebelum masuk tidur okay! Insyaallah, tidur korang pasti akan lena selepas itu. Selamat mencuba ya!
Rasai Khasiat Dan Manfaat Air Rebusan Kulit Pisang
Kita tentu sudah tahu dengan khasiat dari buah pisang. Buah yang kaya dengan magnesium ini mampu menurunkan berat badan, menyihatkan tulang, mengatasi masalah diabetes, dan lain-lain.
Tapi tahukah anda terdapat juga khasiat pada kulit pisang. Menjadikan kulit pisang sebagai hidangan mungkin kedengaran aneh di negara kita. Tetapi sebenarnya kulit pisang boleh dijadikan sebagai minuman atau jus kerana memiliki khasiat yang sangat luar biasa.
Kulit pisang mengandungi serotonin yang mampu meningkatkan mood untuk kita menjadi lebih gembira dan bahagia. Kulit pisang dapat dijadikan sebagai ubat alternative untuk mengatasi masalah depresi seperti Prozac. Kulit pisang mampu membuatkan fikiran dan hati menjadi lebih tenang.
Dari kajian yang dilakukan oleh Universiti di Taiwan, jika kita mengambil dua buah kulit pisang selama 3 hari berturut-turut, kandungan serotonin dalam tubuh akan meningkat sebanyak 15 peratus.
Untuk mendapatkan khasiat dari kulit pisang ini, anda boleh mencuba dengan merebus kulit pisang di dalam air yang mendidih, kemudian tunggu ianya sejuk sebelum boleh diminum.
Selain itu, rebusan kulit pisang ini juga boleh membantu mengatasi masalah insomnia, menurunkan kolestrol, baik untuk jantung, anti kanser, anti oksidan dan sangat baik untuk kesihatan kulit.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/31hgF7u
via IFTTT
No comments:
Post a Comment