Sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah, akhirnya usahawan kosmetik, Nur Sajat berpeluang untuk menjadi tetamu Allah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Menerusi Instagram, Sajat meluahkan rasa syukur perjalannnya ke Tanah Suci bersama keluarganya dipermudahkan dan berjalan lancar. Menurut Sajat, meskipun sering dihina namun dia memilih berdiam diri dan menganggap apa yang berlaku sudah tertulis buat dirinya.
“Alhamdulillah dengan berkat keizinan-Nya rombongan kami sekeluarga untuk umrah ini Madinah dan Makkah sudah hampir selesai. Saya sungguh terharu dan rasa diri ini sangat kerdil akhirnya dapat menjejakkan kaki dan betapa indahnya Islam itu.
“Walaupun di tanah air, saya selalu dikutuk, dihina, dicaci malah berbagai lagi tohmahan diberikan, saya pilih untuk berdiam diri. Saya musafirkan diri ini dan menganggap apa yang berlaku itu memang sudah tertulis buat insan bernama Nur Sajat.
“Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? kalau begini kejadian saya dimuka bumi ini, kenapa Allah jadikan saya dan kenapa tidak orang lain? Tiada siapa yang hendak dilahirkan serba kekurangan,” tulisnya.
Dalam perkongsiannya itu, Sajat seolah cuba mendedahkan idenditi sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci namun dia memberitahu dia tahu siapa dirinya dan jiwanya adalah seorang wanita.
“Walaupun saya macam ini, saya tahu diri dan jiwa saya adalah perempuan. Saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah ini. Berlinang air mata saya dan patut rasa bersyukur. Saya juga sudah dapat jawapan sebaiknya di sini.
“Sehina mana pun kita, sejahat mana pun kita, bukan manusia boleh yang menghukum sesama insan, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu di mana kita berada nanti ketika meninggal dunia. Terima kasih mak dan ayah, kerana melahirkan Sajat,” katanya.
Difahamkan, Sajat terbang ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama kedua ibu bapanya dan dua lagi anak angkatnya.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/36L7LjD
via IFTTT
No comments:
Post a Comment