Selepas dimansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) di bawah kerajaan terdahulu, kini kerajaan di bawah Perikatan Nasional telah mengumumkan untuk mengwujudkan semula program khas belia itu dengan nama baharu.
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang melihat struktur baharu untuk program ini sedang giat disiapkan dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri.
Kita (kerajaan) sedang memuktamadkan struktur itu sendiri. Adakah kita nak wajibkan (seperti PLKN) ataupun kita ambil wakil dari setiap institusi (seperti pelajar, wakil rakyat dan sebagainya). Kita belum muktamadkan sukatan latihan itu sendiri dan siapakah yang wajib ataupun yang digalakkan hadir ke program ini.
Harapan saya pengisian bagi program baharu ini dapat dibentangkan sebelum Dewan Rakyat berakhir, supaya kita boleh jawab apa yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini. - Katanya.
Jadi apa agaknya kelainan yang akan dibawakan dalam program baharu ini?
Apa yang dapat kita faham, program ini pasti akan menggunakan pendekatan yang ada dalam program sebelum ini yang sudah cukup baik untuk membina jati diri anak muda membabitkan modul patriotisme, Perlembagaan, kenegaraan dan penyatuan kaum.
Sumber: Harian Metro via https://www.ohmedia.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/39e9ktb
via IFTTT
No comments:
Post a Comment