loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 21, 2020

    Mak Ayah Tiba-Tiba Skodeng Aku Di Tempat Kerja. Luluh Hati Mereka Saat Lihat Aku Pegang Penyapu


    Nama manjaku Baby. Aku dilahir dan dibesarkan oleh family yang berada. Sejak kecil aku tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat.

    Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan kawan sebab tak tahu nak guna penyapu.

    Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku yang masih terbelakang.

    Peristiwa pahit bila jadi anak berada ni ialah bila kita buat salah, satu sekolah akan tahu. Satu hari tu kereta mak rosak dan mak terpaksa panggil teksi untuk jemput aku di sekolah.

    Zaman tu takda lagi grab ke apa. Dan mak aku sangat malu bila terpaksa naik teksi. Tapi sebab aku lama di tandas, aku pun keluar lambat ke pagar. Sekali sampai dekat mak, “PANG!!”.

    Sebijik penampar padu hinggap kat muka aku. Satu sekolah jadi saksi. Aku pun tercengang “besar sangat ka salah aku pi tandas sampai kena penampar macam ni?”.

    Tapi lama lama baru aku terfikir yang mungkin mak marah sebab dia malu kalau orang nampak dia naik teksi. Tu dia lepas kat aku. In the end, tersebar la kisah aku kena pelempang ke seluruh sekolah.

    Lagi kisah jadi anak berada ni, biar mak ayah buat anak jangan orang lain buat anak. Aku pernah kena tampar dengan guru disiplin sebab aku dituduh tinggal air basi dalam kelas.


    Aku pun bukan jenis anak yang suka mengadu. Aku diamkan isu ni sebab aku taknak besarkan masalah dan waktu tu aku masih kecil lagi.

    Entah macam mana mak ayah tahu isu aku kena tampar dan diaorang terus serang pengetua. Lagi sekali aku jadi famous di sekolah. Tersebar cerita mak bapak kaya pantang anak disentuh.

    Yang aku pelik bila aku nakal kat rumah, elok ja mak ayah tibai aku dengan rotan, tali pinggang bagai. Ni cikgu nak sentuh pun tak bagi.

    Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah, kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku.

    Sejak aku masuk IPT, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah.

    Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum jadi cashier di sebuah premis sebab transkrip degree tak keluar lagi.

    Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Kalau takda pelanggan, aku suka mengemas, menyapu. Sampai timbul benjol kat tapak tangan sebab kerap pegang penyapu.

    Kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja. Betapa luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan pegang penyapu. Hatta kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey ja.

    Waktu kat u, macam macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu pejabat, tutor dan kerani akaun.

    Banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti. Satu sebab bagi mereka kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan mereka.

    “Papa, mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan Baby? Takkan nak biar syarikat lingkup?” Aku ingatkan kat drama tv3 ja mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa rupanya dalam dunia sebenar pun ada.

    Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan dengan menumpang harta mak bapak. Kedua sebab impian aku nak jadi ahli akademik bukan ahli perniagaan. Ketiga sebab aku nak keluar dari comfort zone.

    Kalau aku ambil alih perniagaan mak ayah, automatik aku kena tinggal dekat dengan mereka sampai la aku kahwin dan beranak pinak. Buktinya mak ayah sendiri suruh aku pilih suami dari daerah yang sama.

    Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah takda lelaki yang berani nak dekat dengan aku. Setiap kali lelaki nak berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan.

    Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung belajar sampai PhD sebab aku nak jadi professor.

    Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku lagi tinggi daripada diaorang. Kebanyakan daripada mereka hanya orang kampung dan berpendidikan diploma. Aku redha aku ditinggalkan.

    Aku tertanya, sejauh mana wanita yang terbiasa hidup mewah mampu hidup susah dengan lelaki kampung? Aku takut kisah hidup aku jadi macam Lisa dalam Cari Aku Di Syurga.

    Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar.

    Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi pendapatan dan pendidikan. Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh. Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu.

    Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena ada tunang dan sebelum sambung PhD kena ada suami otherwise mereka akan jadi anak dara tua.

    Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab kebanyakkan yang sambung master/ PhD dah ada tunang/ istri dan kedua sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan.

    So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,

    1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga?

    2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati mak ayah? Dan macam mana?

    Reaksi warganet

    Anna Khayra – Ada yang kata ni cerita rekaan hahaha, aku ada cousin lebih kurg macam dia ni. Tapi parents dia bukan ahli perniagaan tapi ahli akademik jugak.

    Memang jenis kluarge educated, cousin aku doctor pakar. Umornya awal 30an dah ada PhD, memang bujang tak kawin lagi tapi siyes lawa. Tapi memang betol la kot lelaki jarang nak dekat dengan pompuan macamtu.

    Ms Annie – Bila jumpe sape sape, rahsiakan peribadi mu. Menyamar jadi orang yang lagi miskin. Nanti kau tau sape yang ikhlas sape yang tidak.

    Kalao nak kejar impian, kejar smpai dapat. Dalam mase yang same, nak ambik alih bisnes, bermula la dari bawah. Orang tak kenal ko anak sape. Nanti kau dapat ilmu yang orang lain tak dapat.

    Masni Azhari – Cari yang sekufu. Masa bercinta semua sanggup, bila dah kawin, baru tahu langit tinggi rendah.

    Ada anak kawan kawan yang hidup mewah, kawin dengan suami orang biasa. Tinggal dirumah kecil, minta maaf bukan nak rendahkan sesiapa.

    Bila dah berkahwin, baru rasa tidak selesa pergi kerumah mertua sebab ramai orang, panas. Nak beritahu mak dan suami, tak terucap, saya agak rapat dengan mereka, mereka mengadu pada makcik ni..

    Saya faham sangat, tapi saya pesan, pergi ziarah mertua walaupun tak bermalam.
    Bukan mereka mengada ngada tapi mereka ni datang dari latarbelakang yang berbeza.

    Shana Tugi – Ikut je cakap parents. Mungkin sis anak tunggal sapa lagi boleh take over syarikat kalau bukan sis.

    Hidup ni tak semua yang kita impi kita dapat. Alhamdulillah sis banyak belajar time duduk luar zaman belajar. Bila fikir balik dapat duduk sedaerah dengan parents impian ramai anak anak sebab boleh berbakti dengan mereka.

    Allah mudahkan urusan sis in sha Allah semoga pilihan mak ayah sentiasa terbaik untuk sis dan semoga asbab perniagaan sis menjadi sumber kenaikan ekonomi islam amin dan Goodluck.

    Siti Faezah – Bab cari sekufu dari segi pendidikan dan kewangan tu saya setuju dengan parents. Sebab itu yang membentuk mindset.

    Sama macam komen saya sebelum ni, ajal maut jodoh dah ditentukan Allah. Kalau ajal kita tak mencari cari kenapa nak mencari2 atau menentukan bila bila jodoh akan tiba. Benda yg tak boleh kita kawal, doa dan serah pada Allah.

    Karier, pendidikan yang boleh kita kawal dan usahakan, usaha je ke arah tu.

    Andai 1 hari hendak dijodohkn dengan pilihan parents, atau terjumpa pilihan hati tapi ditentang keluarga, jawapannya istikharahlah.

    Terus perbsiki diri, perbaiki ibadah, perbaiki akhkak. Semoga bahagia dunia akhirat

    Sumber: Baby (Bukan nama sebenar) via IIUMC


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/39fV6bn
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment