loading...
  • Breaking News

    Sunday, December 12, 2021

    'Banduan boleh basuh (kereta), buat apa basuh sendiri?' - Warden Penjara hina banduan, dikecam netizen


    "Banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri" demikian tulis seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai Warden Penjara, dalam perkongsian gambar kereta miliknya dicuci oleh banduan, di media sosial baru-baru ini. 


    Amir Hakim Jaafar, memuat naik gambar yang menunjukkan seorang banduan sedang mencuci kereta Perodua Axia miliknya di dalam Facebook Group My Axia Owners Club (MAXOC) (Unofficial). 


    Tindakan Amir yang tidak bertanggungjawab itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bengang dengan keangkuhan lelaki berkenaan yang memandang rendah pada golongan banduan. 



    Semakan di Facebook juga mendapati, akaun tersebut telah dinyahaktifkan, malah perkongsian gambar itu juga telah dipadamkan dari Facebook Group MAXOC. 


    "Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni, bahasa diorang.. hmm... Sedih tengok pakai baju punya smart, tetapi otak tak berapa..." kata Afis Alias. 


    "Kadang-kadang yang baru jadi warden ni yang lebih-lebih. Yang pangkat sarjan ke 1 paku or sebagainya okay je dengan banduan layan elok je boleh borak bergurau-gurau lagi. Yang baru habis rekrut ni yang nak over," kata netizen. 


    Walaupun begitu, ada beberapa netizen tampil menjelaskan bahawa, banduan berkenaan sememangnya melakukan kerja mencuci kereta dan dibayar upah bagi melakukan pekerjaan itu. 



    Setakat ini, Jabatan Penjara Malaysia masih belum mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang tular di media sosial. 


    Sumber: Twitter Afis Alias



    from The Reporter https://ift.tt/3ICkz09
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment