Usaha beberapa suspek merayu agar ibu bapa mangsa buli tidak membuat laporan polis, tidak kesampaian apabila kesemua pelajar yang terbabit dalam kes tersebut telah dipanggil polis untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemilik akaun media sosial yang menularkan video tersebut juga telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Siasatan awal pihaknya mendapati, kejadian itu berlaku pada awal pagi semalam di sebuah sekolah di Kuala Kangsar, antara jam 1 hingga 2 pagi yang membabitkan mangsa dengan tujuh lagi remaja lain yang merupakan pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun.
Polis juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan dengan kes tersebut dari pihak pengetua sekolah pada jam 1 tengah hari Jumaat selepas mendapati video kes itu viral sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kesemua suspek telah dipanggil untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- 'Kami menyesal, tolong jangan buat report polis' - Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf
- 'Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri ini & siasatan sedang dijalankan' - Ketua Polis Perak
- (Video) 'Kalau anak orang mati, pastu cakap takde niat membunuh?!' - Lagi kes buli, pelajar minta padam video untuk jaga nama baik maktab
from The Reporter https://ift.tt/3GrBU9S
via IFTTT
No comments:
Post a Comment