Menurut pengadu, kejadian itu telah dilaporkan kepada pegawai 'Air Force' tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang respon.
Disebabkan perbuatan sekumpulan lelaki itu, pengadu memaklumkan adiknya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kerana dibelasah beramai-ramai.
'KAMI TAK SALAH'
"Masuk Air Force tetapi macam masuk sekolah asrama. Kau lah terpaling Kapla High Council. Semoga yang mendiamkan kes ini pun akan mendapat balasan.
"Hari tu budak-budak yang tak bertamadun ini update status WhatsApp siap berhashtag 'Kami Tak Salah' konon nak tunjuk kat adik aku la. Tunggu la nasib kau. Maybe parents kau pun menyesal ada anak macam kau.
"(Adik) disepak menggunakan selipar sehingga hilang deria pendengaran di telinga kiri pada hari kejadian. Disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, telinga digigit dengan kuat, lidah dicucuh dengan rokok, diugut, dibelasah secara beramai-ramai dan dibogelkan.
"Malah ditumbuk ketika adik aku nak pergi exam pada waktu pagi sampai butang baju tertanggal dan bibir pecah.
"Kau taste kat adik aku ke? Orang kata kenapa masuk Air Force kalau dah tahu? Kau diam la. Adik aku mati baru kau senyap kan?
'APA BAPAK KAU BOLEH BUAT?'
"Hari-hari aku Facetime dengan adik sebab aku tahu dia takut duduk dalam tu. Masa berbuka puasa, adik aku seorang-seorang makan maggi dalam bilik sebab takut nak pergi dewan makan.
"Kau (pembuli) pun bukan jurulatih, kau pangkat koperal je yang even bukan pegawai pun. Sebab apa buat ni semua? Sebab nak ajar hormat 'senior' katanya.
"Dah report kat pegawai dalam tu tetapi diorang diamkan. Ayuh kita bawa jadi kes polis.
"Yang baju biru nombor dua dari kiri kata, 'Apa bapak kau boleh buat? Aku ada kabel 3 bintang (kira kalis daripada sebarang tindakan).
"Dah la ada bini, tak sayang bini agaknya sebab confirm-confirm kau kena keluar baris dan tak boleh berkhidmat lagi dah. Nak bagi bini makan apa? Makan penumbuk sepak terajang yang kau bagi adik aku?
"Yang nombor tiga dari kiri tu yang gigit telinga adik aku. Telinga pun kau selera ek? Tak puas gigit telinga kanan, kau gigit telinga kiri pula. Tak lupa, budak itu siap menganjing adik aku, yang mak aku dah meninggal.
"Benda ini semua berlaku semasa tengah kursus di Pangkalan Udara Kuantan, base Kuantan. Tetapi si pembuli ini semua dah habis kursus dan dah balik ke base masing-masing. Antaranya ada yang di base Subang, Labuan dan Butterworth.
"Adik saya tengah kursus di Kuantan untuk tunggu posting ke base yang sedia ada. Tambahan ini bukan pelajar ye, ini semua dah level bekerja," katanya.
TAK BELAJAR DARIPADA KES ARWAH ZULFARHAN
Sejak dimuat naik, ciapan itu telah dikicau semula lebih dari 30,000 kali dan majoriti menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap tujuh individu terbabit.
"Nak masuk army nak pertahankan negara. Tetapi ada musuh dalam army. Macam mana nak masuk army camni? Gila lah. Pembuli-pembuli ini patut dihantar ke Palestine je," kata Mal.
"Memang tak belajar daripada kes arwah Zulfarhan langsung. Nanti kalau benda dah jadi teruk, baru nak ingat. Dah tua bangka pun ada lagi culture ragging ni," kata Faiz.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/ojhukNv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment