loading...
  • Breaking News

    Monday, May 1, 2023

    'Suami saya dikecam, diugut bunuh & santau oleh netizen' - Isteri Dato' Hattan dedah mesej melampau dari netizen



    Isu Dato' Hattan 'sekolahkan' penyampai berita Astro Awani dilihat menjadi semakin melarat apabila isteri kepada penyanyi itu mendakwa ada individu yang mengugut bunuh, termasuk menyantau mereka anak beranak. 


    Datin Arianie Abidin, 52, berkata, suaminya turut menerima pelbagai mesej berbaur hinaan dan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati dengan cara layanannya terhadap penyampai berita berkenaan. 


    "Jarang-jarang saya meluahkan perasaan di media sosial. Tentang kes suami saya yang viral, dia dikecam, dihentam, dicaci maki, dihina, disumpah, diugut oleh netizen-netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara. 


    "Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan (penjelasan), tapi bagi saya tak perlu kot sebab saya pasti kalau saya berkata-kata, ada yang akan berkata, 'Alaa suami dia, mestilah dia pertahankan', tak ghiteww?


    "Tak apalah, biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya sahaja yang kenal dia (Hattan). Untuk pengetahuan semua, saya yang jaga akaum Instagram suami. Saya yang upload video dan sekarang saya yang privatekan akaun Instagram dia sebab saya tak nak you semua tambah dosa. 


    "Suami saya tak baca pun. Kalau nak comment, it's your choice commentlah di ruang yang sedia ada okay," katanya. 


    Arianie mengakui dia menangis membaca pelbagai komen-komen daripada netizen. Namun sebagai isteri kepada penyanyi itu, dia perlu kuat dan biar apa pun tohmahan orang, Hattan tetap adalah suaminya dan hanya keluarga yang mengenali dirinya. 















    "Menitik juga air mata saya bila baca komen-komen. Tapi sebagai seorang isteri, saya kena kuat dan sentiasa berada di belakang suami tak kira apa, baik buruk dia, dia adalah suami saya. Saya dan keluarga sahaja mengenali dia. 


    "Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata, berkomen sehingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala, kita pula mendapat dosa," katanya yang juga sempat mengucapkan selamat hari raya kepada pengikut Instagramnya. 


    Sumber: Instagram Datin Arianie



    from The Reporter https://ift.tt/yk9VFxZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment