loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 21, 2017

    Gambar AR Badul Berpakaian Pengantin Tersebar..Adakah AR Badul Kahwin Lagi?


    KUALA LUMPUR, 21 Okt. - Pelakon Ezany Nizarif menjelaskan, foto perkahwinan pelakon veteran AR Badul yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya tidak diketahui akan kesahihannya.

    Foto: FB Ezany

    Jelasnya, foto berkenaan diperoleh menerusi aplikasi WhatsApp Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) beberapa hari lalu.

    “Saya tidak pasti sebenarnya mengenai hal tersebut. Gambar itu telah dikongsi oleh seorang ahli jawatankuasa persatuan berkenaan dalam aplikasi itu.


    “Kemudian saya hanya berniat untuk mengucapkan tahniah lalu memuat naiknya di Facebook. Tiada niat lain, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

    Ezany berkata demikian bagi mengulas foto AR Badul dengan seorang wanita yang tidak dikenali berpakaian pengantin yang tersebar di laman sosial.

    Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd. Ezany Mohd. Nizariff, 44, dia belum berkesempatan untuk bertanyakan secara peribadi kepada AR Badul kerana telefon bimbit pengarah tersebut gagal dihubungi.

    “Mungkin tengah berbulan madu agaknya,” katanya berseloroh.

    Sementara itu, menurut rakan artis, Isma Ismail atau Isma yang rapat dengan AR Badul juga tidak ada jawapan terhadap persoalan tersebut.

    Isma berkata, pelakon veteran itu turut berkongsi dengannya foto yang sama menerusi kiriman mesej WhatsApp namun tanpa sebarang penjelasan.

    “Dia ada hantar gambar itu menerusi WhatsApp tetapi saya sendiri tidak tahu sama ada ia adalah adegan dalam lakonan atau AR Badul betul-betul sudah berkahwin,” katanya ringkas.

    Dalam pada itu, usaha Utusan Online untuk menemu bual pelakon berusia 67 tahun itu tidak berhasil memandangkan dia terus mematikan telefon bimbit sebaik sahaja ditanya mengenai kesahihan foto terbabit. - UTUSAN ONLINE


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2l3ylBW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment