loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 11, 2017

    Gara – Gara Muat Naik Gambar Darah ‘Period’ Sajat Teruk Dikecam

    Ada sahaja cerita mengenai usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzaman. Sejak dikenali, setiap gerak geri dan perkembangan terkini beliau pasti menjadi perhatian netizen.

    Cuba Buktikan Dirinya Seorang Perempuan


    Sejak dari dahulu lagi, Sajat cuba buktikan bahawa dirinya adalah seorang perempuan. Walaupun dilahirkan sebagai khunsa, menurut Sajat sifat dan fizikalnya lebih ke arah perempuan. Malah tidak dinafikan, penampilannya yang begitu bergaya dan cantik saling tidak tumpah seperti seorang wanita sejati.


    Tunjuk Darah Haid Di Instagram

    Dek kerana terlalu ingin membuktikan kepada netizen di luar sana bahawa dirinya adalah perempuan, Sajat teruk dikecam di laman sosial. Semuanya gara – gara beliau memuat naik sekeping gambar darah kotor (haid) di Instagram.


    Jijik dan meloyakan! Itulah rata – rata komen yang diterima oleh beliau di laman sosial. Sedar akan perkara itu, Sajat bertindak memadam gambar tersebut namun masih hangat diperkatakan oleh netizen.

    Bakal Berkahwin tahun hadapan


    Dalam perkembangan lain, Sajat mengaku telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Terkini, pemilik Nur Sajat Aesthetic ini dikatakan sedang berkawan rapat dengan seorang jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Coach Yin.

    Sumber: Hangat.com


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ygCnvx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment