loading...
  • Breaking News

    Sunday, October 1, 2017

    Insiden Budak Melecur Terkena Kuah Tom Yam Panas: Restoran Mohon Maaf

    SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang melecur ditengkuk akibat terkena sup tom yam di Restoran Sara Thai cawangan Balok, semalam. - Foto Ihsan Facebook

    KUANTAN: Sebuah restoran di Balok di sini, memohon maaf di atas kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terkena sup tom yam panas sehingga tengkuknya melecur, malam tadi.

    Pengurusnya, Mohd Zanafi Wahab, 39, berkata mereka kesal dengan kejadian tidak disengajakan itu dan mahu perkara berkenaan diselesaikan tanpa pertikaian serta kekeliruan seperti disebarkan di media sosial.

    Beliau yang terkejut apabila kejadian itu viral di media sosial, mendakwa ada kenyataan tidak benar dibangkitkan, sekali gus memburukkan imej restoran yang sudah enam tahun beroperasi itu.

    Mohd Zanafi berkata, beliau sebenarnya tidak nampak apa berlaku akibat terlalu sibuk kerana terlalu ramai pelanggan dan hanya menyedari kejadian itu apabila keluarga berkenaan bergegas untuk pulang.


    "Saya tanya apa terjadi, mereka memberitahu anak mereka terkena sup tom yam. Saya cuba minta maaf, hulur tangan dan memberi RM200 untuk rawatan di klinik tetapi seperti tidak diendahkan.

    "Mereka dalam keadaan kelam kabut ketika itu. Hari ini saya lihat kejadian itu disebar di media sosial dan banyak perkara tidak betul diperkatakan.

    "Ada tuduh saya campak duit, sedangkan bukan itu berlaku. Keluarga berkenaan tergesa-gesa mahu pulang, mungkin kelihatan seperti saya mencampak duit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

    Kejadian itu turut dikongsi menerusi akaun Facebook bersama gambar bahagian tengkuk kanak-kanak berkenaan yang melecur.

    Difahamkan, keluarga kanak-kanak itu membawanya ke klinik berhampiran restoran untuk mendapatkan rawatan.

    Mohd Zanafi berhasrat menemui keluarga kanak-kanak berkenaan untuk memohon maaf secara peribadi serta meleraikan segala kekeliruan.

    Saksi kejadian, Rosnani Mohd Nawi, 36, pula mendakwa melihat kanak-kanak itu tertepis tangan pekerja yang membawa hidangan sehingga mangkuk tom yam dibawanya tertumpah ke atas mangsa.

    Sumber: BH Online


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xLM2IK
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment