loading...
  • Breaking News

    Monday, October 9, 2017

    Kementerian Kesihatan Nafi Sokong Peniaga Pendakap Gigi Palsu Seperti Yang Diviralkan..


    Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan menafikan dakwaan sokongan terhadap individu yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.

    "Pentadbiran ini ingin merujuk kepada mesej yang ditularkan di media sosial kononnya YB Timbalan Menteri Kesihatan dan anggota pentadbiran ini menyokong individu yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.


    "Sehubungan itu, ingin ditegaskan bahawa YB Timbalan Menteri Kesihatan atau mana-mana anggota Pentadbiran ini tidak pernah menyokong dan tidak akansama sekali berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peraturan dan undang-undang Negara." tulis kenyataan itu.

    Kenyataan itu turut dikongsi oleh laman Facebook Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Hilmi hari ini.

    Dalam masa yang sama, hasil tinjauan pihak Siakap Keli mendapati dakwaan sokongan itu telah pun dipadam dari laman media sosial individu berkenaan namun screenshot kenyataan itu masih bersebaran di media sosial.

    Kenyataan yang viral di media sosial.

    Sumber: Siakapkeli


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kB60mC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment