loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 21, 2017

    'Main permainan di gajet, hukumnya haram'


    KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Shahul Hamid Seeni Muhammad mengeluarkan satu kenyataan di mana umat Islam dilarang menggunakan telefon atau gajet untuk bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders', lapor mStar Online

    Terdahulu, penceramah berkenaan dalam satu videonya yang viral  meminta umat Islam tidak mengunjungi salun rambut yang diusahakan oleh orang bukan Islam. 

    Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul diminta memberi pandangan mengenai penggunaan iPad di kalangan kanak-kanak sehingga mereka leka dan tidak mahu membaca Al-Quran dan hadis. Menjawab persoalan itu, Shahul berkata, ia merupakan satu dosa dan tidak boleh dibiarkan berlaku. 



    "Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh," katanya.

    Selain itu, Shahul turut melarang permainan pengumpulan aset seperti Saidina dan Monopoly serta permainan Solitaire yang terdapat pada setiap komputer kerana ia boleh menjurus ke arah perjudian.

    Malah katanya, hukum bagi pelajar yang gemar menghabiskan masa bermain permainan tembak menembak di kafe siber juga adalah haram. 


    "Tak ada ke jurutera yang bagus dan boleh membuat permainan yang lebih Islamik? Kalau ada permainan seperti ini, pemahaman terhadap Islam pasti dapat ditingkatkan," katanya. 

    Video berkenaan yang dipercayai sudah lama dirakam telah dimuat naik ke laman Youtube oleh satu akaun bernama News Feed.

    Sumber: mStar Online


    from The Reporter http://ift.tt/2xVbD5a
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment