loading...
  • Breaking News

    Thursday, October 19, 2017

    Ramai Terkejut Melihat Kelibat Paderi Ini Sanggup Tunggu Jenazah Lelaki Islam Ini Dari Solat Jenazah Sehingga Pengebumian. Bila Ditanya Kenapa, Alangkah Terkejutnya Rupa2nya Jenazah Seorang Yang…


    Rakan baik Kassim Ahmad iaitu Tan Sri Murphy Pakiam, yang bekas archbishop Kuala Lumpur mengunjungi masjid selepas kematian cendekiawan itu tempoh hari, di Masjid Al-Huda.

    Pemimpin komuniti Kristian itu pernah berjiran dengan Kassim di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 1960-an, dan sangat rapat dengan keluarga cendekiawan itu.

    Beliau tampil memakai pakaian rasmi paderi untuk melihat upacara solat jenazah sebelum pengebumian Kassim.

    Kemudian, Pakiam menunggu jemaah menjalani solat maghrib dan duduk bersama mereka dalam sesi bacaan Al-Fatihah untuk Kassim.

    Beliau kemudian menemani waris menyaksikan pengebumian Kassim di perkuburan yang terletak di belakang masjid.


    Pakiam ketika ditemui pemberita berkata keluarganya mempunyai sejarah yang panjang dengan keluarga Kassim semasa beliau menjadi seorang pensyarah dan kemudian rektor di Seminari Tinggi Katolik di Pulau Tikus.

    “Rumah kami bersebelahan dengan rumah Kassim di Jalan Bunga Raya. Saya dan adik saya, Betty, sangat rapat dengan beliau dan keluarganya,” kata Pakiam.

    Di matanya, Kassim seorang ahli akademi yang sangat berterus-terang dan berani menyuarakan buah fikiran sendiri.

    “Kassim sangat memahami Al-Quran, dan sebagai seorang sosialis, beliau menafsirkan Al-Quran dalam kerangka sosialis.

    “Beliau juga seseorang yang merasakan wajib berkhidmat kepada rakyat. Saya meratapi pemergian beliau bersama ahli keluarganya, dan saya harap beliau aman di sana,” kata Pakiam.


    Kassim dikebumikan di perkuburan Masjid Al-Huda di Jalan Kilang Lama, Kulim pada 7.32 petang oleh Sukarelawan PAS selepas pihak masjid enggan menguruskan jenazah.

    Menurut sumber, penolakkan oleh pihak masjid bukan kerana ‘Akidah Kassim’, tetapi pihaknya tidak boleh menerima jenazah Kassim kerana arwah bukan daripada kariah masjid berkenaan.

    Pengajaran yang kita dapat,bersahabatlah dengan seseorang walaupun beragama lain selagi mereka tidak memusuhi agama Islam.

    Sumber: https://suaramedia.org


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x4XbTy
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment