loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 18, 2017

    Sekiranya Ambulans Langgar Kenderaan Anda, Adakah Boleh Kita Membuat Tuntutan Insurans Berkaitan Dengan Perkara Ini? Ini Respon Polis Yang Mungkin Berguna Kepada Semua!


    Kebiasaannya sekiranya pengguna jalan raya mendengar siren ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit pastinya sesiapa sahaja akan cuba memberikan laluan kepada kenderaan tersebut agar dapat sampai ke hospital atau lokasi kemalangan dengan cepat dan selamat.

    Tetapi, bagaimana pula sekiranya ambulans yang selalunya dipandu dengan laju itu telah melanggar kenderaan anda dari belakang? Apakah yang harus kita lakukan? Adakah boleh anda membuat tuntutan bayaran insuran dari ambulan berkenaan?


    Beberapa hari lalu, seorang pengguna media sosial telah berkongsi tentang pengalamannya ketika berhadapan dengan satu situasi yang jarang berlaku iaitu kereta Perodua Myvi miliknya dipercayai telah dilanggar oleh sebuah ambulan dan turut mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran tersebut, lapor WOB.


    Agak pelik apabila pemandu ambulans terbabit dikatakan cuba mengelak untuk bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. Cermin belakang kereta gadis berkenaan dikatakan telah remuk teruk, malah bumper keretanya dikatakan turut kemek.

    Lebih mengejutkan, apabila pemandu ambulans tersebut dikatakan telah meninggalkan gadis yang memandu Myvi itu begitu sahaja sedangkan dia tahu yang gadis tersebut dalam keadaan terkejut dan panik apabila terjadinya kemalangan akibat perlanggaran itu, lapor SinChew.

    Mangsa yang bernama Xiao Hui telah berkongsi tentang permasalahan yang dihadapinya itu menerusi laman Facebook dan turut meminta pendapat dan pandangan dari netizen ekoran kemalangan yang berpunca dari pemandu ambulans terbabit.

    “Saya nampak lampu isyarat berubah menjadi warna merah, jadi saya menekan pedal brek. Apabila kenderaan saya berhenti, saya merasakan satu tolakan yang kuat telah merempuh bahagian belakang kereta.

    “Barulah saya tahu yang sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya apabila dua orang pemuda ini datang mendekati,” tulisnya.

    Dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku kepadanya, dia masih mampu mengawal perasaannya dan kemudiannya pemandu ambulans itu datang kepadanya serta menjelaskan bagaimana perlanggaran tersebut berlaku.


    “Pemandu ambulans itu beritahu saya yang ia sangat mustahil bagi saya untuk menuntut insurans atas apa yang berlaku. Hal ini kerana mereka akan mengatakan perkara yang sebenar bahawa mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.

    “Mereka melanggar kenderaan saya kerana kereta saya telah menghalang perjalanan mereka ke sana,” tambahnya.

    “Saya tak faham mengapa mereka perlu cakap perkara sebegini, tapi saya yakin yang ia bukan salah saya. Lampu isyarat berubah merah dan saya patut berhenti pada ketika itu,” katanya yang mempertahankan diri.

    Anda (ambulans) telah melanggar saya dalam keadaan yang sangat laju dan menolak kenderaan saya hingga ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal, agaknya saya dah meninggal sekarang.”

    Posting gadis ini akhirnya tular di media sosial dan turut mendapat perhatian netizen yang telah memberikan pendapat mereka berkaitan dengan kejadian ini.

    “Tak masuk akal langsung! Hanya kerana dia menghalang perjalanan anda, tak bermaksud anda senang-senang boleh melanggar kenderaannya! Itukan lagi bahaya!” kata seorang netizen.

    Walau apa pun pendapat dan komen yang diutarakan oleh para netizen, berikutnya adalah kenyataan polis yang disampaikan berkaitan dengan isu ini.

    “Kebanyakan penunggang motosikal fikir jika mereka berlanggar dengan ambulans, secara automatiknya ia akan menjadi salah mereka dan mereka tidak dapat menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali.

    “Selepas kemalangan berlaku, penunggang motosikal masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan,” kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.

    Selain itu, pihak polis juga memberitahu ambulans yang bertugas juga sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu merah, melalui persimpangan dan jalan yang berbelok. Mereka juga boleh dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku.


    Mungkin anda juga pernah berhadapan dengan pengalaman seperti ini. Sila Kongsikan bersama supaya masalah sebegini dapat diselesaikan dengan baik sekiranya akan berlaku lagi terhadap orang lain.


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zwZ3GC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment