loading...
  • Breaking News

    Monday, October 16, 2017

    ‘Selepas Bersalin, Isteri Anda Perlu Berpantang, Mereka Bukan Ultraman’ – Pesan Tok Puan


    Sebenarnya bukan semua wanita yang ambil berat berpantang selepas bersalin, ada yang lebih menakutkan apabila baru sahaja seminggu melahirkan anak, terus pergi bercuti, pantang sudah ditinggalkan. Sepertinya mereka tidak percaya akan pantang larang orang tua-tua setelah bersalin.

    Jika tersalah langkah, anda boleh meroyan jika tidak berpantang dengan baik. Bukan mudah ya hendak menjaga kesihatan ketika berpantang, jika anda tidak memakai stoking, angin akan mudah masuk dan badan akan anda rasa sejuk. Sebab itu anda disarankan memakan jamu untuk memastikan badan anada sentiasa panas.

    Selain itu, wanita selepas bersalin perlu berurut dan bertangas, bagi membetulkan urat dan bertangas pula untuk mengecutkan rahim anda yang kembang setelah melahirkan anak. Orang tua-tua kata, jika anda menjaga diri ketika berpantang, anda akan mendapat tubuh badan yang cantik serta sihat.

    Perkongsian kali ini adalah tentang pentingnya berpantang dan mengikut nasihat orang tua, Jom kita baca

    Bagi tok Puan (dalam gambar), & bidan bidan bersalin yang lain, amalan berpantang ni tolonglah jangan buat main.

    Silap hari bulan, ibu berpantang alami komplikasi & mungkin ‘meninggalkan’ kita tanpa sesiapa pun sedar.

    Tumpah darah, meroyan, pukul anak, menjerit tiba tiba, bentan, rahim jatuh… semua ni antara kemungkinan yang akan terjadi kepada ibu yang tak jaga pantang.

    Sebab tulah kena jaga pantang elok elok.

    Pesanan tok Puan berkenaan berpatang yang anda semua patut turuti jika mahu sihat.

    Stokin

    Wajib pakai… untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

    Dilarang mencangkung

    koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?


    Rapatkan kaki

    Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.


    Sakit ooo urut camni, tapi sedap… hihi

    Wanita berpantang bukan ultraman

    so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

    Bangun awal pagi dan elakkan tidur pada senja hari 

    Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

    Jangan keluar rumah kecuali ke klinik

    wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

    Jaga ibu jari kaki

    Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

    Adab ketika mandi

    Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

    Buang air besar

    Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu…

    Jauhkan dari penghawa dingin

    Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

    Ikat rambut

    Sepanjang berpantang tu ikat rambut tinggi-tinggi… ia mengelak angin dari masuk.

    Suami tolong isteri

    Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami bz, suami perlu sediakan someone untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.
    Pantang

    Bertungku, berurut, mandi herba

    mengecutkan batu meriyan, mengurut mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang…

    Menu berpantang

    Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

    Wanita zaman sekarang, terlalu bebas bergerak selepas berpantang, walaupun anda tidak mempunyai sebarang jahitan di alat sulit anda, anda masih perlu berpantang. Ini kerana berpantang sangat penting untuk menjaga rahim anda. Nanti jika rahim jatuh, anda pula yang susah.

    Sumber: 9bulan10hari.com


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yN5hES
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment