Nama Syahir Zawawi, 29, kembali meniti bibir peminat hiburan tempatan apabila juara Akademi Fantasia (AF) kelapan itu menyertai AF Megastar 2017. Sedang menjalankan persiapan ke finale pertandingan itu, nama Shahir yang sebelum ini digembar-gemburkan sedang bercinta dengan pelakon popular Erra Fazira kini disebut sebagai kekasih kepada seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Samsudin.
Gambar-gambar Mona dan Shahir beserta status yang dtulis Mona dihantar kepada BeautifulNara oleh seseorang yang mendakwa Mona ialah teman wanita baru Shahir. Mona beberapa kali memuat naik gambar Shahir dengannya bersama kapsyen yang membayangkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.
Shahir bagaimanapun menafikan bahawa mereka ialah pasangan kekasih, sebaliknya memberitahu baru sebulan berkenalan dengan wanita itu yang dilayan sama seperti peminat yang lain.
Malahan, Shahir tidak tahu menahu mengapa wanita itu memuat naik gambar mereka seolah-olah mereka sedang bercinta dan mendakwa ia juga bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku. Ia pernah berlaku membabitkan peminat lain, cuma tidak kecoh.
Selepas itu melalui mStar Online Mona Syamimi mendakwa dia dan Shahir beberapa kali keluar berdua dan dia bukanlah sekadar peminat seperti yang diperkatakan.
Dia meminta pemberita bertanya kepada Shahir tentang status sebenar hubungan mereka dan dia juga dilihat seolah-olah memberi amaran:
Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah.
Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Shahir berkata Mona mengakui terdapat salah faham mengenai kenyataan yang diberikannya dan Mona akan membuat kenyataan baru.
Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.
Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat.
Shahir juga memberitahu akan mengahwini Erra selewatnya awal tahun depan:
Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.
Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.
Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami.
Setakat ini, Mona masih belum memberi kenyataan yang diperkatakan. Tinjauan penulis mendapati akaun Facebook Mona kini diletakkan dalam mod peribadi dan dia juga tidak membuat sebarang status menerangkan kedudukan sebenar di akaun Instagram miliknya.
Sumber: beautifulnara.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zzE3yF
via IFTTT
No comments:
Post a Comment