loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 21, 2017

    Suka Kunyah Ais Tanda Anda Seorang Pengidap Anemia – Dr.Khairul Hafidz


    Tabiat mengunyah ais ini bukanlah perkara yang pelik, malah ramai dikalangan kita yang memang gemar mengunyah ais. Mungkin nampak seperti perkara biasa dan tabiat tersebut seperti tiada bahayanya. Tetapi tahukah anda mengunyah ais itu menunjukkan sesuatu petanda berkaitan dengan tahap kesihatan badan anda?

    Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.


    Jika dahulunya anda menganggap tabiat anda itu tabiat biasa yang tidak perlu dirisaukan, rasanya setelah mengetahui tentang kajian ini, pasti pemikiran anda sudah berubah kan?


    Apa itu anemia?


    Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia

    ‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.


    Orang yang suka kunyah ais juga adalah petanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

    Setiap perkara itu ada kebaikkan dan keburukkannya. Jadi jika ingin mengamalkan sesuatu, pastikan jangan terlalu kerap dan berpada-pada lah, lagi-lagi bila berkaitan dengan pemakanan.

    Sumber: Era.fm


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yxbvbv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment