loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 14, 2017

    Akibat Tekanan Hidup, 100,000 Pelajar Tingkatan 4 Hidap Masalah Mental


    Menjadi seorang pelajar, sudah pasti menerima sedikit tekanan, namun dalam perkara ini, ibu bapa seharusnya berperanan untuk memberi mereka motivasi, bukan makin menambahkan kerunsingan dan juga tekanan kepada anak-anak.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam baru-baru ini mendedahkan, lebih kurang 100,000 pelajar Tingkatan 4 mengalami masalah tekanan mental.

    Perkara itu didedahkan selepas melakukan pemeriksaan kesihatan mental ke atas pelajar Tingkatan 4 di seluruh negara oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

    Ada segelintir ibu bapa memandang rendah akan hal ini, bagi mereka anak-anak adalah harapan mereka, sehinggakan ada ibu bapa memberi tekanan yang begitu kuat kepada anak-anak, sehingga ada dikalangan mereka bertindak diluar kawalan apabila tiba penerimaan sijil peperiksaan.


    Malah ada ibu bapa tidak begitu peka dengan masalah anak, tidak peduli akan masalah anak, apatah lagi mahu memberi semangat dengan memeluk erat anak. Ini adalah salah satu masalah berpunca dari ibu bapa. Anak-anak memerlukan sokongan ibu bapa.

    “Dari laporan pemeriksaan yang kami jalankan di seluruh sekolah, lebih 100,000 pelajar mengalami masalah mental.

    “Kira-kira 79% mengaku bahawa masalah kesihatan mental mereka disebabkan masalah mereka sendiri atau masalah keluarga,” ujarnya kepada The Sun.

    Tambah S. Subramaniam lagi, pelajar tingkatan 4 umumnya mengalami tekanan untuk persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada tahun berikutnya.

    Rata-rata pelajar mengalami masalah tekanan mental kerana tiada sokongan dari keluarga untuk mengangani masalah yang dihadapi mereka.

    Mengikut kajian yang dijalankan pada 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah kira-kira 29.2 peratus.


    Punca pelajar menerima tekanan mental :-

    1. Berlaku perubahan sahsiah semasa memasuki fasa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja

    2. Mencari idealisme berdasarkan watak-watak yang mereka minati

    3. Bergelut membuat persediaan peperiksaan SPM

    4. Tekanan ibu bapa dan guru agar maju dalam pelajaran

    5. Cabaran memilih kawan-kawan yang sesuai dengan diri mereka

    6. Keperluan kewangan membeli barang berjenama.

    Sumber: Hanasuva.com


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yYKkHx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment