loading...
  • Breaking News

    Sunday, November 12, 2017

    ‘Alhamdulillah, Azam 2017 Saya Dah Tercapai Untuk Beli Rumah Di Usia 24 Tahun. Ini Rahsianya.. ‘


    Harga rumah semakin lama semakin mahal, namun keadaan itu tidak menghalang azam gadis ini untuk membeli sebuah rumah impian. Difahamkan, Cek Ifa telah berazam untuk membeli rumah sejak berusia 19 tahun dan Alhamdulillah berjaya memiliki sebuah rumah sebelum usia 25 tahun. 

    Jadi, apa rahsia gadis ini mudah membeli rumah dia usia yang masih muda ini? 

    ALHAMDULILLAH, azam 2017 saya dah tercapai untuk beli rumah di usia 24 tahun. Saya nak berkongsi tips bagai mana nak membeli aset persendirian dalam masa dua tahun punya perancangan. Ini adalah thread. 

    Sorry guys, gambar saya pakai selipar saja sebab masa rakam gambar ini, rumah dah 80% nak siap. So jalan pun nak masuk ke rumah tak lawa lagi. Selipar sajalah jawabnya. 

    So how you guys can buy your own asset terutamanya rumah. Bukan senang nak bagi lepas loan di bank. You guys masa berumur 17 tahun atau selepas habis study atau semasa study sendiri dah buat bisnes kecil-kecilan, kan? Simpan tak duit hasil niaga itu walaupun sedikit? 

    1. Guys, simpan duit niaga itu dalam bank. Walaupun jumlahnya sedikit RM200, RM300 pun simpan dalam bank. Biar ada dalam transaction bank itu duit keluar masuk. Kalau korang nak ambil duit itu pun, jangan sampai habis. Tinggalkanlah sedikit dalam bank. Okey? 

    2. Duit OT korang setiap bulan tu penting guys. Even korang buat OT ikut mood seperti saya ni, hahaha! Tapi RM50 pun bank ambil kira sebagai income kita untuk bulan itu. Tetapi OT ini 3 bulan saja mereka kira. Tak adalah sampai setahun mereka ambil kira. 


    3. Sesetengah bank mereka ambil kira ASB loan as an income, but ada sesetengah ambil kira as expenses kita. Affin bank yang saya guna ini dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi di mana income masuk. 

    4. Korang cari rumah yang mana develper yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli rumah itu. Memang kita akan ingat, 'alah, semua itu termasuk dalam harga rumah'. Tetapi yes kalau korang kira balik, sama saja duit korang nak bawa keluar bayar itu bayar ini, kan? 

    Mungkin rezeki saya beli rumah ini, developer include everything. Free laywer, dapat rebate 10% from downpayment. Saya hanya bayar downpayment 1% sahaja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Alhamdulillah syukur sangat Allah permudahkan jumpa developer yang best. 

    5. Orang kata beli rumah murah time lagi dua tahun nak siap, masa mereka pecah tanah itu dah beli. Betul, masa itu murah korang nak beli rumah. Masa saya ini, rezeki saya dapat dok dah rumah ini sekarang. Beli pertengahan tahun hari tu, hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin survey. 

    6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai, korang tanamkan azam nak beli rumah sebelum umur berapa. Saya setiap tahun sejak berumur 19 tahun dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdulillah azam menjadi kenyataan. Sebelum 25 tahun dah dapat. Allah dengar doa saya. 

    Saya doakan korang mendapat inspirasi dari thread ini. Kalau nak tanya apa-apa, DM saja saya. InshaAllah saya akan bantu korang. Saya suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli aset dalam usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. Doakan saya juga supaya dapat beli rumah kedua sebelum umur 30 tahun. InshaAllah. 

    Sumber: Cek Ifa via The Reporter


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i51Zmu
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment