loading...
  • Breaking News

    Monday, November 13, 2017

    Bakal pengantin hilang selepas keluar beli barang keperluan


    Bakal mendirikan rumah tangga hujung bulan November, namun bakal pengantin perempuan berusia 20 tahun ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Geting, Tumpat, kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu. 

    Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, sebelum itu dikatakan telah pergi ke pasar di pekan Geting untuk mencari barang keperluan bersama dengan seorang rakan perempuannya, tetapi tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam.

    "Dia keluar dengan kawan perempuan bernama Sarah Ibrahim berusia 17 tahun dan mereka berpecah bila tiba di pasar pagi itu. 

    "Sarah memberitahu Nur Zulaikha menyatakan dia mahu mencari baju dan mereka berjanji untuk berjumpa di satu tempat selepas selesai membeli barang masing-masing," kata kakak iparnya, Siti Nor Fazuani Abdullah, 27. 

    Menurut Siti, Nur Zulaikha keluar sehelai sepinggang dan juga tidak membawa telefon bimbitnya. Selepas selesai memberi barang keperluan, Sarah kemudian menunggu Nur Zulaikha di tempat yang dijanjikan selama dua jam, namun Nur Zulaikha tidak muncul. Sarah kemudian pulang dan memaklumkan hal itu kepada mereka. 

    "Kami sekeluarga cuba mencari Nur Zulaikha dan menjejakinya di tempat yang biasa dikunjunginya tetapi tidak menemuinya. 

    "Kami bimbang keselamatannya, apatah lagi di keluar rumah begitu sahaja. Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Pengkalan Kubor pada Sabtu lalu," katanya. 

    Difahamkan Nur Zulaikha baru saja menetap di kampung selepas berhenti kerja di sebuah kilang di Melaka demi menguruskan hal perkahwinannya. Nur Zulaikha bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya dan sudah menyelesaikan semua urusan dokumentasi perkahwinan termasuk melakukan ujian HIV pada Khamis lalu. 

    "Jika diikutkan, pada petang Jumaat (hari kehilangan), dia sepatutnya bersama keluarga kami ke Rantau Panjang untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya. Malangnya kejadian ini pula berlaku dan kami berharap tiada perkara buruk yang terjadi," katanya. 

    Justeru,  ahli keluarganya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mereka di talian 019-7261719.


    from The Reporter http://ift.tt/2zzsgn6
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment