loading...
  • Breaking News

    Monday, November 13, 2017

    Ibu Tunggal Lacur Dua Anak Dengan Warga Asing, Ambil Bayaran Serendah RM50


    Meskipun mendapat bayaran serendah RM50, seorang ibu tunggal sanggup melacurkan dua anak kandungnya dengan lelaki warga asing di sebuah hotel bajet di Larkin Johor Bahru. 

    Kejadian yang berlaku pada bulan lalu itu akhirnya membawa padah apabila dia dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. 

    Memetik laporan Astro Awani, tertuduh berusia 39 tahun itu mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk itu.


    Ini sekaligus Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas pengakuan bersalah itu.

    Kamarudin mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan itu yang setiap dua daripadanya berjalan serentak. 

    Sementara itu, bagi lima lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak yang berusia 10 tahun. 

    Selain tergamak melacurkan dua anaknya, dia dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk itu.


    Sumber: CARI forum


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ywmheO
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment