Kedengaran ayat seperti biasa, kan? Tetapi berhati-hati wahai lelaki yang bergelar suami. Ya, merajuk adalah perkara biasa, melayan orang merajuk buang masa. No.. no.. no.
Seingat kali pertama sewaktu isteri mengalami keguguran. Dengan darah yang membuak-buak keluar, hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa khalifah kecil Allah di muka bumi. Saat getir bertarung dengan maut, hanya doa si suami yang didambakan.
Tatkala isteri hampir meroyan kerana melihat janin yang hampir sempurna jasadnya, menambahkan lagi tekanan buat si isteri. Kita suami hanya mampu berkata, 'sabar sayang, Allah ingin menguji kita...' itu sahaja yang kita mampu buat. Hakikatnya hanya si isteri yang merasa segala keperitan dan kesusahan.
Jadi apalah sangat dengan merajuk. Bukan si isteri meminta dibelikan emas itu dan ini, mungkin isteri hanya sekadar meraih simpati si suami. Mungkin juga masa bersama isteri semakin terhad, sebaliknya masa banyak dihabiskan bersama teman-teman.
Usahlah dimaki, diherdik dengan kata-kata yang kasar kepada si isteri. Teringat juga kisah isteri membesarkan anak sulung hampir setahun. Tanpa ada kepandaian memandu kenderaan. Kadang-kadang makan dan minum mengharapkan tuah insan jiran rumah.
Tidur mandi dan rehat usah ditanya lagi. Waktu tidur yang tak sempurna seperti kebiasaaan orang lain. Hanya mereka yang pernah merasa situasi ini sahaja mampu merasai keperitan saat itu. Tak mungkin si bapa mampu menggalas tugas itu. Kita mungkin hanya pandai berkata, 'itu dah memang lumrah wanita'.
Hiburkan si isteri dengan gelak dan tawa. Isteri merajuk dan tarik muka, usahlah suami berkecil hati kerana mereka mungkin kepenatan. Jangan berkira dengan isteri. Ya, syurga di bawah tapak kaki suami, tetapi memaafkan itu adalah lebih baik.
Sekadar berkongsi. Setiap orang pasti ada caranya tersendiri. Apa yang baik, kita manfaatkan. Jaga hati isteri, insyaAllah Allah akan menjaga hati kita!
Kuching Sarawak
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://ift.tt/2mfn81K
via IFTTT
No comments:
Post a Comment