loading...
  • Breaking News

    Monday, November 13, 2017

    'Mak jenis apa kau ni sampai lacurkan anak sendiri?' - Reaksi netizen ibu durjana dipenjara 75 tahun


    Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhakan hukuman penjara selama 75 tahun terhadap seorang wanita yang tergamak melacurkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga asing, hari ini, lapor Harian Metro. 

    Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan tersebut. 

    Berdasarkan lima kertas pertuduhan, ibu tunggal berusia 39 tahun itu yang mempunyai pemeliharaan dan hubungan amanah sebagai ibu kandung kepada remaja 13 tahun didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa. 

    Manakala bagi lima lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak permpuan berusia 10 tahun. 

    Semua perbuatan itu dilakukan antara jam 9.25 pagi 1 Oktober hingga jam 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu, di sebuah hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bahru. 

    Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Difahamkan, wanita yang tidak bekeja itu kelihatan tenang sahaja sebelum dijatuhkan hukuman. Malah dia memohon hukuman denda sahaja memandangkan mempunyai dua lagi anak berusia 4 dan 5 tahun di bawah jagaannya. 

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh melakukan kesalahan yang sangat serius. 

    "Sebagai ibu kandung, dia sepatutnya memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak dan bukan sahaja menjaga kebajikan mereka, tetapi juga keselamatan mereka. 

    "Mengikut keterangan impak mangsa, ternyata kedua-dua mereka trauma dengan kejadian ini. Mohon hukuman yang bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, tetapi buat semua masyarakat atau ibu bapa yang lain," katanya.

    Hakim turut menasihatkan tertuduh agar insaf dan bertaubat, kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas tamat hukuman sebelumnya. 

    FAKTA KES


    Mengikut fakta kes, pihak sekolah kepada remaja 13 tahun itu ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan mangsa dijual ibunya kepada lelaki warga asing dan oleh kerana mangsa sudah tidak hadir ke sekolah selama 18 hari, pihak sekolah berasa curiga sebelum memaklumkan kepada polis.

    Polis kemudian membuat tangkapan terhadap tertuduh di rumah di Senai pada 25 Oktober lalu selepas wanita yang tidak bekerja itu memberitahu pernah beberapa kali membawa dua anak perempuannya itu ke hotel bajet berkenaan untuk dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh.

    Perbuatan itu membolehkan tertuduh menerima bayaran RM50 bagi setiap anak, manakala mangsa akan menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20.

    Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa geram dan marah terhadap si ibu durjana berkenaan yang dianggap tidak layak menjadi ibu. Malah meminta wanita itu dipenjarakan seumur hidup. 

    "Nak minta kurangkan hukuman dengan alasan nak jaga dua orang anak berumur 4 dan 5 tahun untuk apa? Nak lacurkan mereka pula? Kau tak layak menjadi ibu, mereputlah kau dalam penjara itu!" kata Ida Moon. 




    Netizen juga meluahkan rasa syukur dengna tindakan pihak sekolah dan guru yang mengambil berat tentang pelajarnya dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis. 


    from The Reporter http://ift.tt/2AGWP88
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment