loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 1, 2017

    Menantu kesal, rantai emas ibu mertuanya hilang ketika dapatkan rawatan di hospital


    Viral di media sosial luahan seorang menantu yang kesal rantai emas milik ibu mertuanya hilang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada hujung bulan lalu. Menurut Eypul Lucy, rantai emas di leher ibu mertuanya itu masih ada ketika dibawa ke HSA, namun selepas pesakit dibawa untuk melakukan imbasan x-ray, rantai emas ibu mertuanya hilang.

    Eypul cuba menuntut kerjasama dari pihak hospital untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memeriksa jika rantai emas itu telah dicuri atau sebaliknya. Malangnya pelbagai alasan yang diberikan.

    Kes masih dalam siasatan, belum diketahui sama ada rantai emas itu hilang di hospital atau sebelum pesakit dibawa ke HSA. Mohon semua bersabar dan jangan komen membabi buta.

    ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin berkongsi sedikit cerita. Pada 27 Oktober 2017, lebih kurang jam 12 malam, saya menghantar ibu mertua ke HSA. Sampai saja di HSA, terus daftar pesakit untuk masuk ke Emergency. Dan seperti biasa, pesakit strok akan diberi rawatan dulu. 

    Setelah ibu mertua baring atas katil, jururawat ambil darah. Jururawat meminta waris pesakit tunggu di luar dan akan dipanggil apabila doktor suruh waris masuk. 

    Agak lama kami menunggu, tiada seorang pun dipanggil. Isteri saya masuk untuk melibat ibunya dan dia teringat rantai emas di leher ibu dan mahu membuka rantai tersebut. Akan tetapi, ibunya tiada di katil. Lalu isteri pergi berjumpa dengan jururawat yang bertugas di situ. 

    Menurut jururawat, ibunya telah dibawa ke bilik X-Ray dan meminta isteri saya tunggu di luar dan hanya datang apabila dipanggil oleh doktor. Isteri pun keluar dan terlupa nak memaklumkan kepada jururawat yang dia mahu mengambil rantai emas di leher ibunya. 

    Tunggu dan tunggu, doktor tak panggil. Isteri pun masuk sekali lagi untuk melihat keadaan ibunya. Ibunya berada di atas katil. Belum sempat nak cakap apa-apa, datang dua orang lelaki pembantu hospital menyuruh ibunya beralih ke stretcher dan bawa ibunya ke bilik untuk jalani imbasan otak. 

    Isteri saya nak ikut tetapi lelaki itu tidak membenarkan atas alasan jauh katanya. Jururawat yang menguruskan ibu mertua meminta untuk menunggu di luar. Lalu isteri saya pun keluar dan dia sekali lagi lupa nak ambil rantai sehinggalah ibunya dimasukkan ke dalam wad. 

    Apbila ibu mertua masuk wad, saya ajak isteri balik sebab bapa dan abangnya yang akan uruskan. Sampai di rumah jam lima pagi, isteri seperti biasa melakukan rutin hariannya. Kebetulan hari Sabtu 28 Oktober 2017, ada tempahan putu piring di majlis orang kahwin. Sampailah jam tiga petang. 

    Nak dikatakan memang tak sempat nak jenguk ibu mertua pada tengah hari itu sebab dah berjanji dengan tuan rumah nak buat putu piring. Tuan rumah pun dah bayar sebelum majlis berlangsung. 

    Jam lima petang, saya dan isteri tiba di HSA, jumpa ibu mertua yang tidak boleh bercakap dan bergerak. Makanan hospital diedarkan, isteri pun suapkan bubur ke mulut ibu tetapi mulutnya tak boleh buka besar. Sisa-sisa bubur jatuh di baju. Isteri ambil tisu dan lapik tisu di baju ibunya. Ketika itu barulah dia teringat akan rantai emas ibunya. 

    Diselaknya baju ibu, tengok-tengok rantai emas itu sudah tiada. Isteri tanya sama ada bapanya yang membuka rantai itu, bapa mertua kata tak ada. Ditanya siapa yang tukar baju hospital, bapa mertua yang tukar tetapi rantai emas itu memang tiada. 

    Isteri saya dah mula panik dan bertanya kepada jururawat yang bertugas. Jururawat jawab tak ada dan menyuruh isteri bertanya pada bahagian kecemasan jika mereka ada menyimpan rantai emas dalam peti. Saya dan isteri pun bergegas pergi ke emergency untuk menuntut rantai tersebut. Saya pergi ke kaunter kecemasan dan bertanya tentang x-ray yang telah dibuat pada ibu mertua saya, siapa yang buka tudung, baju dan rantai. 

    Setahu saya, kalau nak buat imbasan x-ray memang tak boleh ada apa-apa di badan pesakit. Betul tak? jadi saya pun bertanya pada kaunter. Dia kata tunggu sebentar untuk memanggil penyelia bahagian kecemasan. Penyelia itu datang dan bertanya apa masalahnya dan saya ceritakan tentang rantai emas ibu mertua dan meminta sesiapa yang menguruskan ibu mertua saya, serta meminta untuk menonton semula rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dalam nada yang lembut, bukan mencari gaduh.

    Tetapi penyelia terbabit membalas dengan nada yang marah dan tidak membenarkan saya menonton semula video rakaman CCTV. Malah dia tidak tahu siapa yang menguruskan ibu mertua saya semasa dia dibawa ke bilik x-ray.

    Isteri saya masih ingat lagi wajah jururawat yang kata ibunya di bilik x-ray. Jururawat itu lalu, isteri terus menegurnya.

    "Semalam awak yang bawa mak saya ke bilik x-ray, kan?"

    Dia jawab ye.

    "Siapa yang buka baju mak saya sebab bila saya masuk tengok mak, baju dalam dia berada di atas dada," kata isteri.

    Jururawat itu kata dia tak buka.

    "Habis, siapa yang buka? Takkan mak saya buka baju sendiri sedangkan dia strok sebelah kanan, seluruh badan kanan. Macam mana tu?"

    Jururawat itu berlalu pergi begitu saja. Penyelia berkenaan pula meminta saya membuat laporan polis jika mahu menonton rakaman CCTV, itu syarat yang dia berikan pada saya. Tetapi saya fikir, nanti jadi kes polis.

    "Kalau tak puas hati, pergi report polis," katanya.

    Okay fine, saya pun pergi Balai Central, buat laporan. Selepas berjumpa IO, IO membenarkan saya melihat CCTV di hospital. Tiba di hospital, saya pergi ke kaunter kecemasan dan meminta mereka panggil penyelia kecemasan. Tetapi dia tidak mahu keluar dari biliknya. Kakitangan yang bertugas id kaunter kata penyelia itu mahu saya membawa polis pula jika nak tonton video CCTV.


    Saya tiada masalah, saya terus menghubungi sarjan yang mengambil kes ini. Saya bercakap secara baik dengan dia (penyelia), tetapi dia melayan saya seperti sampah. Sarjan sampai dalam jam 10 malam kerana ada kes lain. Sarjan berjumpa dengan saya dan tanya kenapa penyelia itu enggan beri saya tonton rakaman CCTV. Saya ceritakan yang penyelia itu meminta kehadiran pegawai polis semasa tonton video CCTV.

    Tadi dia (penyelia) suruh buat laporan polis dan saya dah buat. Lepas itu nak meminta kehadiran polis, lalu saya suruh polis datang. Bila polis dah sampai, dia suruh polis meminta kebenaran dari Pengarah HSA. Banyak betul alasan dia. Dia kata dia nak jaga pekerja dia.

    Saya bukan apa, saya cuma mahu tahu siapa yang buka baju ibu mertua saya. Kalau dia yang buka, mesti dia nampak rantai emas itu. Saya siap bercakap dengan penyelia, kenapa semasa nak masukkan ibu mertua ke x-ray tidak panggil waris pesakit untuk maklumkan? Jika ada barang berharga pada badan pesakit, waris boleh tolong bukakan sebab pesakit memang tak sedarkan diri.

    Terus penyelia itu terdiam sebelum masuk ke dalam dan memanggil doktor yang bertugas pada masa itu. Doktor keluar dan cakap benda yang sama, nak tengok semula rakaman CCTV kena buat rayuan dengan Pengarah HSA yang menyatakan kehilangan barang kemas. Baik, saya ikut syarat-syarat yang dikenakan oleh HSA.

    Keesokan harinya, isteri saya datang ke hospital dengan bapanya untuk melawat ibunya. Dalam jam 11 pagi 29 Oktober, sarjan menghubungi dan bertanya isteri saya berada di mana dan memaklumkan dia berada di hospital.

    Menurut isteri saya, dia bersama dengan bapa, sarjan dan Pengarah HSA berjumpa dalam sebuah bilik untuk berbincang kerana kes itu sudah menjadi kes polis.  Pengarah HSA ada beritahu ibu mertua saya ada masuk bilik x-ray untuk x-ray jantung dan apa-apa yang dibuat ke atas pesakit, semuanya ada rekod. Termasuklah buka dan pasang rantai.

    "Pihak hospital dah tahu ada rantai, kenapa tak panggil waris pesakit? Kenapa tak maklumkan kepada kami? Mana CCTV dalam bilik x-ray?" soal bapa mertua.

    Pihak hospital kata tiada CCTV kerana bimbang jadi kes, kata Pengarah HSA. Kemudian dia kata CCTV HSA sudah berusia hampir 10 tahun tak berganti. CCTV tak nampak, tak jelas senang cerita. CCTV amat penting bagi pihak hospital, bagi saya mereka beri alasan yang tak munasabah.



    Ini baru berlaku pada keuarga saya. Bayangkan kalau pesakit yang datang atau yang datang sudahpun meninggal dunia yang tak ada waris, bagaimana pula cerita mereka? Si mata ada barang berharga pada badan, apa pihak hospital akan buat? Simpan atau maklumkan kepada pihak polis, kemudian waris datang menuntut barang berharga si mata? Katakan si mati ada lima bentuk cincin, tetapi dipulangkan hanya empat. Adakah waris tahu si mati ada lima atau empat bentuk cincin? Macam mana?

    Sekarang polis akan melakukan siasatan dan ambil tindakan. Saya hanya berserah kepada Allah, kalau ada rezeki tak kemana. Kalau korang berada di tempat saya, apa yang korang lakukan? Nak minta tolong pada siapa? Kita hanya orang biasa, tiada siapa yang mahu mendengar keluhan hati orang yang teraniaya. Hanya meminta pendapat korang kalau perkara ini berlaku pada ibu kita sendiri.

    #manakejujuranpekerja,  #manatangunggjawab, #manasifatkemanusiaan, #kerajaan,  #share

    Terima kasih bagi mereka yang baca sampai habis. Saya hanya mahukan kebenaran.

    Sumber: Eypul Lucy


    from The Reporter http://ift.tt/2zXKnzz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment