"Campur aduk rasanya, mau nangis teriak-teriak, tapi disatu sisi hati pengen senyum. Janggal banget denger ucapan turut berbelasungkawa diikuti ucapan selamat. Antara sedih dan bahagia. Tapi untuk papa, Sasha pilih bahagia. Untuk papa, Sasha dan Rama harus kuat." tulis Sahira Rianti atau Sasha di akaun Instagramnya beberapa hari lalu setelah melalui detik sedih di hari bahagianya apabila kehilangan orang tua tersayang.
Sepasang pengantin baru di Jakarta, Indonesia ini mengejutkan orang ramai setelah mengambil keputusan untuk meneruskan majlis akad nikah di hadapan jenazah orang tuanya.
Suasana pilu menyelubungi seluruh anggota keluarga dan orang ramai sebaik jenazah tiba di rumahnya di Jalan Fatmawati, Jakarta pada pukul 8 pagi dan anak kedua Allahyarham Saiful, Sahira melangsungkan majlis akad nikah di hadapan jenazah ayahnya.
Majlis akad nikah itu diadakan atas permintaan keluarganya kerana Allahyarham Saiful sebelum ini begitu sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anaknya yang dijadualkan tidak lama lagi.
Jenazah merupakan ayah kepada pengantin perempuan, Sahira. Allahyarham yang dikenali sebagai Mohamad Saiful Hadi Idham, 59 semasa hayatnya merupakan seorang bekas Penasihat Kanan ANTARA yang merupakan sebuah syarikat media yang terkenal di Indonesia.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham Saiful, 59, meninggalkan seorang isteri, Rina dan tiga orang anak.
"Manusia boleh berencana, tapi Tuhan yang menentukan. Rencana akad tanggal 22 oktober ini, tapi Tuhan berkehendak lain. Sekarang papa udah ga sakit lagi, udah ga bosen lagi ke rumah sakit terus. Papa udah lega kan ya, udah liat Rama dan Sasha akad nikah. Kita janji pa, akan jaga rumah tangga ini sebaik mungkin. Tidur yang tenang ya pa. Sasha sayang papa. - tulis Sahira dalam foto yang lain.
Momen sedih yang dikongsikan oleh Sahira yang merupakan penyampai radio terkemuka di Indonesia telah menjadi tular di media sosial dan membuatkan hati netizen tersentuh. Semoga pasangan ini tabah dan kekal bahagia ke anak cucu.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z35K5R
via IFTTT
No comments:
Post a Comment