loading...
  • Breaking News

    Wednesday, February 5, 2020

    "Saya Tak Pernah Makan Ayam Sesedap Ini, Cikgu" - Tangisan Pelajar B40 Buat Ramai Sedih


    KEPUTUSAN mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi keutamaan kepada anak-anak golongan B40 untuk belajar di sekolah berasrama penuh (SBP) sebenarnya memberi satu rahmat kepada golongan tidak berkemampuan tetapi memiliki anak yang bijak.

    Sejak kemasukan ramai anak-anak B40 ini ke MRSM, beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak- anak ini hidup mandiri jauh dari ibu bapa dengan belanja kewangan yang terhad.

    "Cikgu...saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat...saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya.

    Saya bertanya padanya...kenapa kamu tak makan di kantin?

    "Saya takda duit cikgu," katanya.

    Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin.


    Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali-kali. Allah sayu saya tengok cikgu...kata rakan kepada saya.

    Saya kerap melihat anak-anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit...jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat.

    Di sebuah sekolah SBP lain pula, seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang pelajar Tingkatan Satu duduk di sudut agak jauh dan makan sambil mengesat air mata. Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang buli kamu ke?

    Dia menjawab...

    "Tak cikgu...saya tak pernah makan ayam sesedap ini...masa sekolah rendah saya jarang makan ayam...ayam di asrama ni sedap dan besar...saya teringat adik-adik saya di rumah," katanya sambil mengesat air mata.

    Allahu...terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang pelajarnya...Takpa...Kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik-adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap-sedap.

    Kesimpulannya, ramai anak-anak dari golongan B40 mendapat manfaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini.

    Mereka mungkin zero sekarang, tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi hero kepada bangsa agama dan negara.

    Sumber: Facebook Cikgu Emmet via https://ift.tt/38AtzQB


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/3bfa2Hc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment