loading...
  • Breaking News

    Wednesday, February 5, 2020

    Wartawan didakwa sebar berita palsu mengenai Koronavirus mengaku tidak bersalah


    Seorang wartawan dari media tempatan dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan wabak Koronavirus, bulan lalu. 

    Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin. 

    Berdasarkan tiga pertuduhan tersebut, Wan Noor Hayati didakwa membuat tiga pernyataan berasingan di Facebooknya yang menggunakan nama 'Ibu Yati'.

    Tertuduh didakwa memuat naik kenyataan itu pada jam 10 malam 26 Januari 2020 di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dengan niat dengan niat hendak menimbulkan ketakutan kepada orang awam. 

    Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

    Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin. Kes akan disebut semula pada 11 Mac depan. 

    Sumber: Astro Awani


    from The Reporter https://ift.tt/2ttHQPV
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment