Setiap kali kita berkunjung ke pusat membeli belah, pandangan kita juga tertumpu pada jualan-jualan pameran. Pelbagai jenis pameran yang disediakan termasuklah jualan kereta. Tarikan pada kecanggihan kereta sudah pasti menjadi tarikan pertama kita.
Tetapi ada persoalan lain yang timbul di sebalik kecanggihan kereta ini. Bagaimana kereta boleh memasuki ruang pusat membeli belah? Ada netizen yang fikir kereta ini dibawa turun dari bumbung atas menggunakan jentera, tali atau sebaliknya.
Seorang konsultan jualan di Proton merungkaikan persoalan ini. Caranya cukup mudah, hanya melalui pintu utama atau pintu belakang pusat membeli belah dengan syarat, tiada lagi pengunjung ketika itu. Wanita ini turut berkongsikan video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli belah.
HAAA.. ingat lagi tak hari tu pernah juga viral pasal orang tertanya-tanya macam mana salesman bawa masuk kereta dalam mall?
Okay korang, biasanya pukul 8.30 pagi atau 10.00 malam kitaorang dah terpacak depan mall untuk bawa masuk kereta melalui entrance door atau back door. Masa tu dalam mall just ada security je untuk guide kitaorang masukkan kereta dekat dalam.
Ni video masa lala tengah bawa masuk kereta dalam mall. pic.twitter.com/DkFMIYUKe0— Lala Proton Sales Consultant (@lalaproton) February 3, 2020
Selepas dah parking kereta dalam mall, kitaorang terus set up booth, susun price list dan siapkan kereta untuk display!
Okay, kalau masa balik, kitaorang kena tunggu sampailah semua pengunjung dah takde dalam mall, baru lah start kemaskan barang. Then, just drive je keluar dari mall.
Sumber: Lala Proton Sales Consultant
from The Reporter https://ift.tt/2v8B0ja
via IFTTT
No comments:
Post a Comment