Hanya kerana keluar dari WhatsApp Group Mobile Legends, lelaki ini diugut bunuh oleh pemilik group berkenaan yang bengang dengan tindakannya keluar sesuka hati.
Difahamkan, pemilik nombor itu mewujudkan satu WhatsApp group khas bagi peminat game tersebut bagi memudahkan mereka untuk push rank. Menurut sumber, kejadian ini dah lama berlaku (tidak diketahui bila) tetapi ia kembali viral di media sosial.
"Nak join? Boleh letak nombor WhatsApp korang. Tak rugi sebab hari-hari push rank," tulisnya di Facebook Group Mobile Legends Malaysia.
Pengadu menjelaskan, dia keluar dari WhatsApp group itu di atas kehendaknya sendiri dan admin group itu juga tidak menetapkan sebarang syarat atau larangan terhadap ahlinya tentang keluar masuk group.
Tindakan pengadu membuatkan lelaki berusia 22 tahun itu tidak berpuas hati lalu menghubunginya melalui WhatsApp.
Admin: "Kau masuk group aku, pastu main left-left. Otak kau kat mana? Lain kali jangan komen kalau tahu diri tu kaki left, sial." katanya.
Pengadu: "Yang kau nak koyak kenapa eh? (Hahaha).
Jelas lelaki itu, tindakan pengadu menyusahkan dia dan berharap pengadu menerima balasannya. Malah, dia mula mengugut mahu menjejak alamat rumah pengadu.
Apabila pengadu berkata dia mahu membuat laporan polis, lelaki itu menegaskan dia tidak takut dengan anggota beruniform Sang Saka Biru itu.
"Report polis? Pergi mamp*s. Kau ingat aku takut polis ke, s*al. Keluarga aku ramai yang kaya-kaya, pangkat Dato, Ahli Parlimen, ada yang kerja TV3, NTV7. So, kau ingat aku nak takut kat polis ke? Kau silap orang kalau ingat aku takut," katanya dengan bongkak tanpa menyedari syaitan hanya ketawa melihat kealpaannya itu.
Selain itu, dia juga mendakwa dirinya mempunyai kemahiran untuk menggodam dan akan menghantar 400 geng motosikal di depan rumah pengadu.
Tetapi pengadu membalas, kelakuannya itu seperti budak terencat yang tidak setanding dengan usia 22 tahun. Geram digelar terencat, maka bermulalah ugutan bunuh terhadap pengadu.
"Terencat? Kau pun nak jadi macam dalam TV tu, budak sekolah kena bunuh sebab cari pasal. Jangan sampai aku bunuh keluarga kau hidup-hidup," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen tergelak membaca screenshot perbualan WhatsApp itu yang jelas sekali menunjukkan lelaki terbabit tidak matang dan hidupnya penuh dengan kesedihan.
Sumber: It's Viral
from The Reporter https://ift.tt/2ttlSMY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment