loading...
  • Breaking News

    Wednesday, February 5, 2020

    (Video) 'Janganlah!' - Mangsa menangis dipukul pembuli, sementara yang lain hanya ketawa melihat kejadian itu


    Sejak 2 Februari 2020, viral video menunjukkan seorang pelajar sekolah menengah dipukul oleh pelajar lain, mengundang kemarahan netizen kerana kejadian buli masih berlaku di sekolah. 

    Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Ipoh, Perak. 

    Berdasarkan video, mangsa dipukul di bahagian kepala dan kakinya dan kejadian itu dirakam sendiri salah seorang pelajar sekolah berkenaan. 

    Ketika kejadian, beberapa pelajar berhampiran hanya melihat dan langsung tidak tampil membantu meleraikan kedua-dua pihak, seperti tiada langsung rasa simpati dengan mangsa. Malah, mereka ketawa melihat mangsa diperlakukan seperti itu.


    REAKSI NETIZEN


    Sukar untuk menangani kes buli yang berlaku di dalam atau luar sekolah. Tetapi perbuatan membuli ini boleh dibendung sekiranya ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan mendidik anak-anak untuk tidak membuli kawan-kawan di sekolah.

    Sumber: David Marshel


    from The Reporter https://ift.tt/2RWJfbk
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment