Susulan tersebar video dan gambar pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail yang dipercayai merentas negeri sehingga ke Nilai 3 untuk membeli karpet, polis akan memanggil pasangan itu dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akan dipanggil datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk memberi keterangan.
"Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3.
"Mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.
"Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Terdahulu, tindakan Neelofa memuat naik gambar 'menembual' lelaki yang dipercayai 'bos' Naeem Carpet di Instastorynya mengundang persoalan netizen, apakah pasangan selebriti itu mengulangi kesalahan berulang. Sedangkan dia sudah memohon maaf dan menganggap kompaun RM60,000 yang dikenakan itu sebagai pengajaran untuk dirinya.
Spekulasi itu menjadi semakin jelas bilamana 'bos' Naeem Carpet memuat naik status di Facebook yang menyatakan pasangan berkenaan telah datang ke premisnya baru-baru ini.
Menyedari keadaan semakin keruh, Neelofa segera memadamkan gambar tersebu. Tetapi sudah terlambat kerana netizen sudah memuat turun gambar tersebut lalu menjadi bahan bualan hangat netizen.
Sumber: Harian Metro
+ LAGI BERITA MENGENAI NEELOFA
from The Reporter https://ift.tt/3gY6jmT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment