Sejak Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan rakyat memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar raya. Namun sehingga ke hari ini, masih ada yang memberikan alasan terlupa atau ingkar terhadap peraturan tersebut.
Terbaru di Miri, Sarawak, seorang lelaki rela bertumbuk dengan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Tudan (e-Mart) yang dipercayai bengang kerana tidak dibenarkan masuk ke premis itu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 24 Mei 2021. Pengawal keselamatan berkenaan terdahulu tidak membenarkan suspek masuk kerana dia tidak memakai pelitup muka.
Malangnya, suspek yang enggan memberikan kerjasama berkeras mahu masuk ke pasar raya tersebut sebelum berlakunya pergelutan di antara mereka berdua.
Video berdurasi 27 saat menunjukkan, pengawal keselamatan berjaya 'mengunci' suspek dari terus bertindak agresif. Tetapi suspek berjaya melepaskan diri dan cuba menghayunkan penumbuk, namun tidak kena.
Di kesempatan itu, pengawal keselamatan berkenaan terus membalas tumbukan (mempertahankan diri) beberapa kali di kepala suspek.
Kejadian itu turut disaksikan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian tanpa sedikit pun tampil membantu pengawal keselamatan berkenaan.
Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu. Orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan berikutan kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.
Elakkan dari berkunjung ke lokasi tumpuan ramai, pakai double mask dan elakkan dari keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting. Jaga diri dan keluarga, bersama-sama menangani Covid-19.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3c244M8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment