loading...
  • Breaking News

    Wednesday, May 5, 2021

    'Mereka akan diberi motivasi & perlu sign akur janji untuk berubah' - Keluarga 28 anak dah dibantu Lembaga Zakat Selangor sejak 2010


    Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan zakat sejak 2010 kepada keluarga besar yang tular di media sosial semalam ekoran hidup dalam keadaan tidak kondusif dan mempunyai 28 orang anak.


    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop berkata keluarga yang tinggal di Klang itu telah menerima pelbagai jenis bantuan antaranya bantuan sewa rumah, persekolahan, kecemasan dan modal bagi membaiki keadaan keluarga itu.


    Beliau berkata pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga tersebut khususnya ketua keluarga manakala anaknya yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran sebagai usaha merubah mereka.


    "Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka," katanya selepas Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh 24 syarikat, hari ini.


    Terdahulu, sebuah keluarga besar mempunyai 28 orang anak hasil perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri yang hidup dalam keadaan tidak kondusif tular di media sosial dan mewujudkan pelbagai persepsi dalam kalangan netizen semalam.


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/3xOROrF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment