Seorang bapa yang nekad membunuh rakannya sendiri setelah melihat rakaman video anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol oleh lelaki itu, dibebaskan dari tahanan setelah menerima desakan banyak pihak yang menuntut dia tidak didakwa ataus pertuduhan membunuh.
Pekerja kilang, Vyacheslav M, 34, pada hari kejadian sedang minum bersama lelaki pedofilia terbabit, Oleg Sviridov, 32, dan ternampak video anak perempuannya didera di telefon milik Sviridov yang kemudian segera melarikan diri.
Vyacheslav segera membuat laporan polis mengenai jenayah yang dilakukan oleh Sviridov. Bertindak di atas laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan suspek. Bagaimanapun, Vyacheslav berjaya mendahului polis dan menemui Sviridov lalu ditikamnya sehingga mati. Mayat Sviridov hanya ditemui polis seminggu selepas kejadian.
Dalam keterangan kepada polis, Vyacheslav menjelaskan dia dan Sviridov bertengkar berdekatan sebuah hutan berhampiran desa. Dalam pertengkaran itu, Sviridov tersandung dan Vyacheslav secara tidak sengaja membunuhnya dengan pisau.
Vyacheslav kini telah dibebaskan dari penjara dan ditahan di rumah selama dua bulan sementara menunggu siasatan. Kebiasaannya suspek kes bunuh tidak akan dibebaskan, namun dalam kes ini Vyacheslav mendapat banyak sokongan masyarakat termasuk dari wartawan terkemuka dari Rusia.
Siasatan pihak polis turut mendapati telefon bimbit milik Sviridov mengandungi banyak video yang menunjukkan dia mendera kanak-kanak lain berusia 5, 6 dan 11 tahun di sebuah perkampungan di Vintai, Wilayah Samara, barat daya Rusia.
Sementara itu, penduduk di Vintai menuntut pihak berkuasa tidak mengenakan tuduhan membunuh terhadap Vyacheslav.
"Dia bukan pembunuh, dia melindungi anak perempuannya dan anak-anak kami juga. Semua orang berpihak kepadanya," kata seorang penduduk tempatan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3BP6M24
via IFTTT
No comments:
Post a Comment