Seorang lelaki muslim dari Uttar Pradesh, India dilaporkan mahu menceraikan isterinya yang baru dikahwini sejak dua tahun lalu kerana jarang mandi, dan mereka selalu bertengkar apabila dia meminta isterinya berbuat demikian.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia nekad menceraikan isterinya yang jarang mandi walaupun sudah berkali-kali meminta isterinya kerap mandi. Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendahkan dan berakhir dengan pertengkaran.
Tidak tahan dengan masalah itu, dia kemudian melafazkan cerai talak tiga melalui mesej terhadap isterinya walaupun mereka mempunyai seorang anak berusia satu tahun.
"Ketika dikaunseling, dia berulangkali menyatakan yang dia mahu menceraikan isterinya. Malah dia menyerahkan borang perceraian dan meminta kami membantunya untuk bercerai kerana isterinya tidak mandi setiap hari," kata kaunselor Sel Perlindungan Wanita.
Sementara itu, isterinya pula menyatakan dia enggan bercerai dan meminta bantuan dari Sel Perlindungan Wanita untuk membantunya menyelamatkan rumah tanggannya.
"Kami sedang berusaha memberikan khidmat nasihat kepada si suami untuk tidak menceraikan isterinya kerana apa yang berlaku adalah masalah kecil yang boleh diselesaikan. Kami juga cuba menjelaskan kepadanya bahawa perceraian boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap anak mereka," katanya.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/3D6UBhN
via IFTTT
No comments:
Post a Comment