loading...
  • Breaking News

    Sunday, July 30, 2017

    "Aliff Aziz Tak Sengaja Pukul Saya, Dia Bukanlah Lelaki Kaki Pukul"


    Biarpun dipukul dan ditinggalkan sendirian di bilik karaoke, Bella Astillah tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya, Aliff Aziz kerana masih sayangkannya. Jelasnya, suaminya bukan seorang kaki pukul dan kejadian itu berlaku kerana pergelutan yang terjadi.

    “Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami. Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam”

    “Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Saya masih sayangkan Aliff,” jelasnya kepada m Star Online mengenai sikap suaminya yang dikatakan panas baran dan kaki pukul.

    Tegas mempertahankan suaminya, Bella memberitahu bahawa pergolakan rumah tangganya pada ketika ini berlaku hanyalah kerana hadirnya orang ketiga yang ingin meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga mereka.

    Baguslah jika masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Harap-harapnya Aliff berubahlah selepas ini, jangan jadikan peluang yang diberikan sia-sia pula. Siapa yang tidak sayangkan suami bukan.

    Sumber: ROTIKAYA


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eXo6N5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment