Acapkali kes anak-anak kecil dilarikan oleh individu yang tidak dikenali, yang modus operandinya "Tak apa, dukung sekejap". Namun masih ramai ibu bapa yang tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku. Terbaru seorang ibu berkongsi cerita di mana bayinya yang berusia lima bulan hampir dilarikan tiga individu.
LOKASI: KEDAI RM2, MERSING, JOHOR
Tengah dukung Yusra sambil menunggu giliran untuk membuat bayaran.
Lelaki: "Alaa, comelnya."
Saya: *Sekadar senyum sahaja..."
Makcik: "Meh makcik dukung, banyak barang nak bawa tu."
Saya: "Eh? Tak apa, boleh je.
Makcik: "Tak apa, meh pinjam pegang jap. (Terus dia ambil Yusra). Nampak kecil tapi boleh tahan dukungnya. Berapa bulan?"
Saya: "Lima bulan cik. Berat tak sampai enam kilogram pun. Mungkin berat tulang."
Makcik: "Duduk mana? Anak baru seorang ni ke? Dia memang tak menangis ye?"
Saya: " Ye, baru seorang ni je. Dia jenis tengok orang, kadang-kadang menangis juga."
Makcik itu sambil gomol-gomol Yusra, perlahan-lahan pergi ke pintu keluar tengok kiri kanan. Saya terus follow makcik itu rapat-rapat dan minta Yusra dikembalikan kepada saya.
Makcik: "Suami mana? Eh tak apalah, makcik pegang. Makcik tunggu depan ini saja."
Saya: "Eh tak apa. Suami ada di situ." (Padahal suami sedang potong rambut dan saya terus ambil Yusra dari tangan makcik itu).
Makcik itu kemudian gelak hambar. Lelaki dan perempuan yang tengah nak bayar pun gelak sekali. Terus makcik itu tunggu di luar kedai.
Selesai lelaki dan perempuan yang gelak tadi bayar, giliran saya pula. Dah habis bayar, saya jalan menuju ke arah kereta Rupa-rupanya mereka bertiga mengenali sesama diri dan kereta mereka diparkirkan betul-betul di depan kedai. Allah, cubaan nak menculik anak saya!
Saya terus masuk dalam kereta. Saya kejar mereka dan berjaya menangkap gambar kereta mereka dan makcik itu. Selepas itu saya terus pergi berjumpa dengan semua dan mengadu mengenai insiden yang berlaku tadi sambil menangis-nangis.
Saya selalu baca kisah yang orang kongsikan di media sosial dan tak sangka kali ini berlaku pada diri sendiri. Saya memang tak sampai hati kalau katakan 'tidak' pada orang-orang yang tidak dikenali sebelum ini jika mereka mahu mendukung anak saya. Saya selalu layan atau senyum kalau ditegur orang yang tidak dikenali.
Tetapi selepas kejadian itu, saya memang tak akan berlembut hati lagi selepas ini. Makcik itu pakai tudung tutup litup, berjubah tetapi berniat tidak baik. Ingat orang buat anak senang macam baca ABC ke? Even baca A-Z sebanyak 20 kali pun belum tentu dapat anak. Kalau senang dapat ank pun, ingat boleh ke suka-suka nak menculik anak orang?
Saya tak boleh bayangkan kalau saya leka atau biarkan saja dia bawa Yusra keluar dari kedai. Tentu-tentu dia terus masuk ke kereta sebab dia park betul-betul di depan kedai.
Kepada ibu bapa semua, tolong katakan tidak kepada orang yang tidak dikenali bilamana mereka mahu mendukung atau mengambil anak anda. Tak kisahlah orang nak kata kita poyo ke, kedekut anak ke, yang penting anak kita selamat.
Ingatkan di pusat-pusat beli belah dan tempat sesak saja ada orang seperti ini. Rupa-rupanya kedai RM2 pun ada jenis orang yang buat kerja jahat ini. Tolonglah, jangan mudah dan jangan sesekali leka walaupun seminit. Mereka buat kerja sangat pantas. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita sentiasa.
Sumber: Kenk Kirana
from The Reporter http://ift.tt/2tNi3gE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment