loading...
  • Breaking News

    Monday, July 31, 2017

    Datuk Pura-pura Bekalan Elektrik Terputus dan Ambil Kesempatan Rogol Cucu 13 Tahun Sehingga Mengandung!

    Gambar Hiasan

    Inilah yang dikatakan, harapkan pagar, pagar pula yang makan padi. Seorang gadis berusia 13 tahun telah dirogol oleh datuk saudaranya sendiri sehingga mengandung!

    Dunia sekarang makin gila kan??

    Malah lebih menyedihkan, mangsa yang juga anak angkat kepada suspek sejak berusia 9 tahun menyimpan rahsia tersebut sehingga kandungannya kini sudah berusia enam bulan, lapor Harian Metro.

    Kejadian tersebut berlaku di rumah keluarga angkat mangsa di Sungai Petani Disember tahun lalu di mana ‘datuk’ tersebut berpura-pura bahawa bekalan elektrik rumah terputus sebelum mengambil kesempatan untuk menyelinap ke bilik mangsa dan merogolnya.

    Mangsa yang tertekan dengan kejadian yang menimpanya memilih untuk tidak memberitahu kepada sesiapa kerana malu dan bimbang keluarganya juga akan mendapat malu.

    Walau bagaimanapun, semuanya terbongkar selepas sepupu mangsa memaklumkan hal tersebut kepada ibu mangsa yang menetap di Sitiawan, Perak pada 15 Julai lalu. Dia kemudian membuat laporan kepada pihak polis yang seterusnya membawa kepada penahanan suspek berusia 54 tahun itu.

    Suspek yang juga seorang pekerja kontrak telah ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol mangsa dan akan direman sehingga 1 Ogos nanti untuk membantu siasatan.

    Apalah nak jadi dengan orang sekarang? Cucu saudara sendiri pun boleh jadi mangsa pemuas nafsu! 

    Sumber: Lobak Merah


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tR69lM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment