Kontroversi yang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila dia telah mengaku kesalahannya berhubung dengan kecurangannya terhadap isteri, Bella Astillah dan dalam masa yang sama menyeru sebelah pihak lagi sama sama mengakui kesalahan.
“Dengan rasa rendah diri saya mengaku bersalah keluar bersama wanita lain (Afifah Nasir) tanpa pengetahun isteri saya, Bella. Apa yang boleh saya katakan pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya yang ditemui di majlis sidang media.
Bagaimanapun dakwaan yang dikeluarkan mengenai Aliff ‘membelasah’ atau ‘memukul’ isterinya adalah tidak benar sama sekali semasa pergelutan di sebuah pusat karaoke di Cheras pada Jumaat lepas.
“Isteri saya telah menarik balik dakwaan yang telah dibuat pada hari Jumaat lalu dan kami telah berdamai,” katanya.
Aliff turut enggan memanjangkan isu ini dan menceritakan apakah hubungan dan perasaan sebenarnya kepada Afifah, 24.
“Pengakuan itu hanya berhak diberitahu kepada Bella dan keluarga saya sahaja kerana ini masalah rumah tangga kami. Bagi pihak di sana, lebih baik jangan menegakkan benang yang basah dan mengaku sahaja kesalahan diri sendiri sebab masing-masing tahu kesalahan sendiri,” tambahnya lagi.
Sumber: ROTIKAYA
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tWiZn0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment