Apa yang anda akan lakukan kalau penjenayah pecah masuk rumah dan memukul ibu bapa anda? Anda mesti panik, kaku tak tahu nak buat macam mana. Insiden ni berlaku di Mexico dimana seorang budak berusia 13 tahun terpaksa menembak dan membunuh lelaki yang tidak dikenali apabila penjenayah tersebut cuba memukul dan merogol ibunya. Paling menyedihkan, budak ini dikenakan hukuman.
Niat ingin tolong ibu, akhirnya kena hukum penjara
Berita melibatkan budak berumur 13 tahun ni telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana menembak dan membunuh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki tu juga memukul ibunya dengan teruk serta cuba untuk merogol.
Selepas mendengar ibunya menangis minta pertolongan, budak itu mengambil senjata kepunyaan ayahnya dan menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan. Lelaki tersebut mati tak lama kemudian.
Tetapi malangnya, kerana tindakan keterlaluan dilakukan serta prosiding kehakiman kanak-kanak itu sebelum ni, dia telah dibicarakan sebagai orang dewasa. Dia dijatuhkan hukuman penjara sehingga 2o tahun kerana tidak mendapat serta mencari bukti kukuh yang boleh melepaskannya dari hukuman penjara itu.
Sumber: Woman News
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gUe0uj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment