Bukan semua berpeluang untuk menyambut perayaan bangsa lain, bagi mereka yang memiliki saudara mara berketurunan lain, ataupun mungkin berkahwin dengan pasangan yang keturunannya berbangsa lain selain melayu, mereka akan menyambut perayaan bersama-sama. Persoalannya sekarang, adakah menyambut atau meraikan perayaan bangsa atau agama lain itu haram?
Contohnya seperti artis ini, Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang berketurunan Sikh. Jadi tidak hairanlah jika mereka menyambut Deepavali sekali dengan keluarga belah suami.
Tapi rata-rata netizen mempersoalkan Eina Azman, mengapa menyambut perayaan Deepavali pulak? Sudah tukar agama ke?, dan banyak lagi persoalan-persoalan yang dilemparkan. Sehingga ada yang mempersoalkan akidah Eina Azman.
“Kau ni agama apa ya, kenapa nak sambut Deepavali pulak?”
Tak cukup dengan itu, siap mengata pasangan ini langsung tidak secocok, malah Eina Azman dianggap sebagai seorang yang materialistik.
“Kalau laki tu tak berduit meniaga kedai runcit kau ingat eina pandang kew.”
Seharusnya netizen mendoakan yang baik-baik sahaja, bukan melontarkan kata-kata negatif seperti itu. Jika tiada apa yang baik-baik untuk diperkatakan, adalah lebih baik diam dari berbuat dosa. Menegur itu tiada salahnya, cuma perlu dengan cara yang sesuai dan betul, bukan mengaibkan orang.
Sumber: Kakishare.tv
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gW38MS
via IFTTT
No comments:
Post a Comment