Ahad, 13 Jun 2021, jam 3.46 petang, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus berkongsi gambar yang dirinya dikompaun oleh penguat kuasa Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan, kerana tidak mempunyai lesen berniaga.
Menurut Firdaus, dia dikompaun ketika berniaga di hadapan Masjid Beijing, Rantau Panjang. Namun apa yang menimbulkan persoalannya adalah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh penguat kuasa terbabit.
"Nak buat macam mana eh? Okay, dia saman kita sebab tak ada lesen penjaja. Tetapi betul ke cara dia buat kerja? SOP duduk mana? Okay bye," tulisnya ringkas.
Berdasarkan gambar, sangatt jelas menunjukkan anggota penguat kuasa terbabit tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan kompaun terhadap Firdaus.
Menurut rakan pengadu, Firdaus sebelum itu ada meminta supaya penguat kuasa terbabit memberikan amaran terhadapnya terlebih dahulu. Tetapi rayuan itu tidak diendahkan lalu dikenakan kompaun sebanyak RM250 atas kesalahan tiada lesen menjaja.
"Sedangkan dia mask pun tak pakai, MySejahtera tak scan, suhu badan tak imbas. Bila dah viral, dia datang balik ke tempat kawan saya dan cakap kenapa viral, benda boleh bawa bincang. Kawan saya jawab, kenapa tadi (masa keluarkan kompaun) tak nak bawa bincang?" tulis Rashdan Ramzi.
Susulan dari gambar viral itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap anggota penguat kuasa terbabit kerana tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek berusia 39 itu akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.
"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.
Sumber: FB Muhammad Firdaus, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3gxczjM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment